6 Sebab Kenapa Kena Matikan Enjin Kalau Tidur Dalam Kereta

Memang selesa kalau tidur dalam kereta dengan menikmati aircond yang terbuka. Rasa sejuk je lepas tu sambil mendengar radio. Memang layan lah. Namun, sekiranya anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin tidak dimatikan, ia akan membawa padah buruk kepada anda jika anda tidak berubah.

Hari ini, kami kongsikan 6 sebab kenapa perlu mematikan enjin jika anda ingin tidur dalam kereta.

1. Anda berisiko mati lemas ketika sedang tidur sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta atau kebocoran ekzos kereta.

2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

4. Walaupun dengan tingkap terbuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

5. Kesannya, mangsa akan kehilangan air dalam badan selepas satu jangka masa yang lama.

6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Sebaiknya, anda elakkan tidur di dalam kereta. Namun, jika anda ingin tidur dalam kereta pastikan enjin kereta dimatikan terlebih dahulu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca