Dengan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini, ramai yang mengalami sakit tekak dan kebiasaannya sakit tekak akan menyebabkan kita tiada mood untuk berbual dan makan.Malah ada tahap sehingga boleh menyebabkan kita akan demam dan mengalami ketidakselesaan.
Selain merasa tidak selesa pada bahagian tekak, biasanya kita akan mengalami beberapa simptom lain seperti hidung berair, batuk , demam dan hilang selera makan.
Faktor yang menyebabkan berlakunya sakit tekak.
Jangkitan virus
Virus Epstein-Barr yang boleh menyebabkan bengkak di bahagian leher dan juga demam. Biasanya sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan virus boleh sembuh dengan sendiri andai ia tidak terlalu kritikal.
Alahan
Sistem pertahanan badan akan bertindak balas kepada pencetus alahan seperti debunga dan haiwan. Sistem badan akan mengeluarkan antibodi yang menyebabkan bersin , sakit tekak dan mata berair. Lebihan lendir di hidung akan terkumpul di belakang tekak dan menyebabkan tekak tidak selesa.
Asap dan bahan kimia
Asap dari rokok dan tembakau akan menyebabkan kerengsaan pada tekak sekaligus mencemarkan alam sekitar.
Udara kering
Udara kering dan hangat akan menyebabkan mulut dan tekak hilang kelembapan sekaligus menyebabkan tekak berasa gatal. Ini semakin memburukkan keadaan apabila cuaca terlalu panas dan kita tidak mengambil air secara mencukupi.
6 petua semula jadi hilangkan sakit tekak
Lemon
Lemon merupakan antara citrus yang sangat disarankan pengambilannya. Selain membantu dalam proses menurunkan berat badan, lemon terkenal sebagai sumber utama antivirus, antibakteria dan antiradang juga dapat membantu dalam proses rawatan sakit tekak. Lemon yang kaya dengan vitamin C membantu menguatkan sistem antibodi badan untuk melawan penyakit. Minum air suam yang sudah dicampurkan dengan perahan sebiji lemon dan satu sudu madu asli. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk hasil yang cepat.
Madu
Madu merupakan bahan semulajadi yang mempunyai sifat antibakteria , antivirus dan antikulat.
Madu berupaya untuk membantu proses penyembuhan sakit tekak akibat keradangan. Cara terbaik untuk minum madu adalah pada awal pagi. Madu boleh diambil sama ada secara terus atau dicampur dengan air suam mahupun teh panas. Pastikan madu yang diambil adalah madu asli.
Air garam
Kumur dengan air garam dapat meningkatkan tahap kesihatan oral termasuklah kesihatan tekak. Garam dapat mengurangkan bengkak dan kepedihan yang dialami. Campurkan satu sudu air garam dengan air suam dan kumur. Amalkan sekurang-kurangkan tiga kali sehari untuk kesan yang terbaik.
Teh panas
Ubati sakit tekak dengan air teh panas. Seperti yang kita maklum , teh mempunyai antioksida yang dapat melawan keradangan. Tekak juga akan berasa selesa selepas kita minum air yang agak panas. Antara teh yang dicadangkan adalah teh hijau atau teh halia.
Air putih
Biasakan mengambil air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Minum air putih dapat mengurangkan gatal-gatal dan rengsa pada tekak. Minum air putih seawal bangun tidur untuk mengurangkan rasa kering pada mulut dan tekak.
Cengkih
Cengkih merupakan rempah yang digunakan dalam masakan seharian dan ia juga berupaya untuk merawat sakit tekak. Caranya mudah sahaja; campurkan 1 sudu teh serbuk cengkih dengan air suam . Kacau sehingga sebati dan kunur selama 3 saat kemudian buangkan . Ulang langkah ini sehingga air campuran habis.
Sekiranya anda sudah mengamalkan semua petua diatas tetapi sakit tekak masih juga tidak baik, terus berjumpa dengan doktor ye. Jangan biarkan sahaja tanpa penyelesaian.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca.