Aktiviti mendaki bukit dan gunung atau kita sering sebut sebagai hiking adalah salah satu aktiviti yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kali ini, kami akan kongsikan beberapa tempat di Johor Bahru yang boleh didaki bagi sesiapa sahaja yang mahu lakukan aktiviti hiking ini. Berikut merupakan senarai nama gunung-gunung tersebut:
1. Gunung Ledang
Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Mount Ophir terletak di daerah Tangkak, Johor. Ia mempunyai ketinggian 1,276 meter bersamaan 4,186 kaki dari aras laut dan merupakan gunung ke-6 paling sukar didaki di Malaysia. Selain itu, ia juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan.
2. Gunung Belumut
Gunung Belumut mempunyai ketinggian 1,010 meter dari aras laut. Terletak kira-kira 18 kilometer di Timur Kluang, gunung ini lebih tinggi dan curam jika dibandingkan dengan Gunung Lambak dan Gunung Panti. Pendakian biasanya memerlukan hampir sepanjang hari untuk naik dan turun dari gunung ini. Bagi kelompok kecil pula, pendakian akan mengambil masa kira-kira 2 hari 1 malam bagi keseluruhan trek.
3. Gunung Lambak
Gunung Lambak merupakan satu lokasi pendakian yang cukup terkenal di daerah Kluang, Johor. Ia bukan sahaja terkenal dalam kalangan warga Johor tetapi juga cukup popular dalam kalangan pendaki-pendaki dari Singapura. Bagi sesiapa yang singgah di bandar Kluang, mereka pasti akan nampak puncak Gunung Lambak ini yang tersergam indah dan menjadi pemandangan latar belakang bandar Kluang.
4. Gunung Pulai
Gunung Pulai adalah antara lokasi pendakian yang cukup terkenal bagi warga Singapura dan penduduk setempat. Ketinggian gunung ini ialah 654 meter dari paras laut. Lokasinya terletak berhampiran tol Kulaijaya.
5. Gunung Muntahak
Gunung ini terletak di Kota Tinggi, Johor. Ia mempunyai ketinggian setinggi 713 meter bersamaan 2,339 kaki. Air terjun Kota Tinggi berpunca dari gunung ini di mana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari gunung ini.
6. Gunung Arong
Gunung Arong merupakan gunung ke-3 terendah di negeri Johor yang mempunyai ketinggian 898 kaki. Gunung ini terletak di Tanjung Resang, Mersing. Ia dipanggil gunung kerana menjadi mercu tanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang.
Jadi, apa tunggu lagi buat si kaki hiking di luar sana? Jom lakukan aktiviti pendakian ini pada masa lapang kalian selain dapat menenangkan minda kalian.
Penulis
- Nur Ashima Muhammad adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.