6 Lagu Ikonik K-Pop Ini Pernah ‘Hantui’ Rakyat Malaysia Pada Suatu Ketika Dahulu

Walaupun gelombang Hallyu bermula sejak dari akhir tahun 1990 lagi, ia bagaimanapun mula melanda seluruh dunia kira-kira lebih sedekad yang lalu.

Bermula dari tahun 2010, lagu-lagu K-pop dan juga drama Korea telah berjaya menarik perhatian peminat dari pelbagai negara dan ia secara tidak langsung menjadikannya terkenal hampir di seluruh dunia.

Kami akan kongsikan enam lagu ikonik K-Pop yang anda pasti pernah dengar di corong-corong radio pada suatu ketika dahulu walaupun bukan seorang peminat menerusi artikel ini:

1. Gangnam Style – Psy

Tipulah kalau anda tidak pernah dengar lagu daripada Psy yang pernah mencipta fenomena sendiri di seluruh dunia sebelum ini. Sebut sahaja tajuk lagu tersebut, sudah pasti melodinya akan terngiang dalam kepala. Betul tak?

2. Fantastic Baby – Big Bang

Siapa sahaja yang tidak kenal Big Bang? Kumpulan K-Pop terkenal ini mula mencuri hati peminat di seluruh dunia dengan lagu-lagu dan konsep mereka yang menarik. Rambut rumpai laut G-Dragon juga menarik perhatian ramai pada waktu itu.

Sumber: Soompi

Buat anda yang belum pernah dengar lagu Big Bang sebelum ini, kami cadangkan beberapa buah lagu seperti Haru Haru, Lies, Bang Bang Bang, Monster dan Fantastic Baby.

3. Sorry Sorry – Super Junior

Sama seperti Big Bang dan 2NE1, Super Junior ialah salah satu kumpulan K-Pop terawal yang berjaya menarik peminat dari luar negara. Untuk pengetahuan anda, Sorry Sorry adalah antara lagu K-Pop yang cukup dikenali di seluruh dunia.

4. Gee- Girls’ Generation

Cantik, tinggi lampai dan berbakat. Bukan sahaja lagu Gee menjadi siulan ramai pada waktu itu, seluar jeans berwarna-warni yang digayakan oleh sembilan gadis berkenaan dalam muzik video tersebut juga menjadi ikutan ramai pada masa itu!

5. Nobody- Wonder Girls

Wonder Girls boleh dikatakan kumpulan terawal yang pernah membuat lagu versi bahasa Inggeris. Lagu Nobody versi Inggeris ialah salah satu lagu mereka yang cukup ikonik dan kerap dimainkan di radio pada suatu ketika dahulu.

6. Fiction – Beast

Walaupun nama kumpulan mereka sudah berubah ke Highlight, lagu ini pernah mendapat tempat tinggi dalam hati para peminat kerana foot work ikoniknya. Lagu ini sangat terkenal sehingga agensi mereka pernah memuat naik tutorial untuk bahagian korus.

Pada pendapat anda, apakah lagu K-Pop terkenal lain yang patut berada dalam senarai ini selain enam di atas?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca