6 Kriteria Penting Yang Wajib Anda Ambil Tahu Sebelum Beli Kereta

Ramai individu yang membuat silap semasa membeli kenderaan pertama mereka. Maklumlah, mereka ini terlampau teruja untuk memiliki kereta idaman masing-masing sehingga lupa untuk meneliti beberapa aspek penting sebelum membuat keputusan.

Malah, ada juga yang langsung tak ambil tahu apa-apa, tengok luaran cantik terus beli tanpa berfikir panjang. Kemudian, episod penyesalan bermula namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Sebenarnya, banyak benda yang kita perlu ambil tahu sebelum membeli kereta. Dalam erti kata lain, kita tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan kerana pembelian kenderaan bukanlah satu nilai yang kecil tetapi ia merupakan salah satu komitmen jangka masa panjang.

Kali ini, kami kongsikan enam kriteria penting yang wajib anda ambil tahu sebelum membeli kereta supaya anda tidak tersilap langkah:

1. Mesra poket

Mesra poket di sini merangkumi faktor penggunaan minyak sama ada ia menjimatkan atau sebaliknya. Ini merupakan kriteria yang paling penting, lagi-lagi jika kereta yang dibeli itu akan digunakan untuk kegunaan harian ke tempat kerja.

Kalau jenis kereta yang ‘minum’ minyak, lebih baik elakkan supaya anda tidak terbeban di kemudian hari. Rata-rata syarikat pengeluar kereta hari ini mengetengahkan enjin yang jimat minyak dan cekap tenaga sebagai salah satu unique selling point (USP) mereka.

2. Keselamatan

Ciri-ciri keselamatan juga merupakan salah satu aspek paling penting bagi memastikan pemandu dan penumpang selamat sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.

Antara aspek keselamatan yang perlu diambil kira termasuklah bilangan beg udara automatik yang dipasang, sistem mencegah brek terkunci (ABS) dan juga zon remuk di mana ia akan meningkatkan masa tindak balas pelanggaran semasa berlakunya kemalangan.

3. Sistem pemanduan kereta

Anda juga perlu mengambil kira sistem pemanduan kereta. Ada sesetengah kereta yang kelihatan gah di jalan raya tetapi tahap pemanduannya tidaklah sehebat mana. Jadi, amatlah penting untuk anda membuat kajian dan pandu uji terlebih dahulu sebelum membeli kereta.

4. Alat ganti

Seterusnya, anda juga perlu memastikan bahawa alat ganti kenderaan yang bakal dibeli itu mudah untuk diperoleh dengan harga yang berpatutan tanpa perlu menunggu terlalu lama. Kita harus ingat yang kereta juga seperti benda lain, makin lama makin banyak ‘penyakitnya’.

Ada alat ganti sesetengah model kereta yang mencecah ribuan ringgit malahan tempoh menunggunya mengambil masa berbulan-bulan. Perkara sebegini bukan sahaja menyusahkan malah menganggu aktiviti harian kita.

5. Market kereta terpakai

Tiada siapa yang tahu apa bakal terjadi pada masa yang akan datang. Mungkin suatu hari nanti anda akan menjual kereta yang dibeli sebelum ini. Jadi, ia amatlah penting untuk memastikan bahawa kereta yang bakal dibeli itu mempunyai market yang stabil sebagai kereta terpakai. Beli mahal-mahal, takkanlah nak jual ibarat harga tin Milo. Betul tak?

6. Waranti

Pakej waranti yang ditawarkan juga amat penting dan perlu dititikberatkan sebelum anda membeli sesebuah kereta. Selalunya, kebanyakan pengeluar kereta cuma menawarkan tiga ke lima tahun waranti dengan mileage 100 ribu kilometer. Namun begitu, seseorang mungkin akan memandu lebih daripada 100 ribu kilometer dalam tempoh kurang dari tiga tahun. Jadi, perkara ini akan merugikan mereka.

Satu-satunya syarikat automotif yang menawarkan waranti mileage tanpa had ialah Haval. Sukar untuk dipercayai tapi itulah hakikatnya.

Sempena meraikan penjualan sebanyak lima juta unit kenderaan Haval di seluruh dunia, Haval Malaysia melancarkan kempen ‘HAVAL Crazy Raya’ di mana ia menawarkan jaminan mileage tanpa had selama lapan tahun bagi model HAVAL H2 manakala HAVAL H1 pula adalah selama tujuh tahun untuk pakej jaminan yang sama.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tawaran jaminan dan pakej ini, anda boleh melayari lawan web rasmi atau Facebook Haval Malaysia.

Kesimpulannya, kriteria-kriteria yang kami kongsikan di atas wajib diambil kira sebelum membeli kereta agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Apa-apa pun, tepuk dada tanya poket!

Artikel Lain Untuk Di Baca