Berdasarkan definisi, pembunuh bersiri adalah individu yang membunuh tiga atau lebih mangsa dalam tempoh masa tertentu. Individu yang melakukan perkara tersebut kebiasaanya mempunyai masalah mental dan kurang waras, mereka kelihatan sangat normal dan seperti manusia biasa pada luarannya.
Senarai pembunuh yang melakukan jenayah tidak berperikemanusiaan itu tidak pernah berkesudahan dan masih diperkatakan sehingga kini.
Berikut merupakan 6 pembunuh bersiri yang paling kejam dan terkenal di dunia:
6. Pedro Rodrigues Filho
Pedro Rodrigues Filho atau gelarannya “Pedrinho Matador” berasal dari Brazil merupakan antara pembunuh paling kejam di dunia. Rasa ingin membunuh dalam dirinya bermula pada usia 13 tahun apabila berlakunya pergaduhan antara Pedro dan sepupunya yang kemudian telah ditolak ke dalam mesin pemerah tebu.
Setahun selepas itu, berlakunya pembunuhan pertama Pedro dengan membunuh penolong Ketua Bandar kerana memecat bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah kerana dituduh mencuri makanan di dapur sekolah tersebut. Tidak cukup dengan itu, Pedro kemudiannya membunuh pengawal keselamatan sekolah yang merupakan pencuri sebenar.
Antara yang menjadi mangsa lain Pedro ialah pengedar dadah tempatan yang telah dibunuh secara beramai-ramai olehnya. 4 tahun menjadi penjenayah, jumlah mangsa pembunuhan Pedro meningkat kepada 10 orang.
Apa yang paling kejam adalah Pedro telah membunuh bapanya sendiri di sebuah penjara tempatan, selepas bapanya itu menyembelih ibu kandungnya. Pedro yang ingin membalas dendam telah memotong sebahagian kecil jantung bapanya,kemudian beliau mengunyahnya dan meludahkan kembali.
Pada tahun 1973, Pedro telah diberkas dan dipenjarakan. Jumlah mangsa pembunuhan Pedro telah disahkan olehnya sendiri iaitu sebanyak 71 orang. Beliau disabitkan kesalahan dan telah dijatuhkan hukuman 128 tahun penjara. Ketika di dalam penjara, Pedro telah membunuh 47 orang banduan lain.
Walaupun undang-udang di Brazil tidak membenarkan hukuman penjara lebih daripada 30 tahun, namun disebabkan oleh jenayah bunuh yang masih dilakukan oleh Pedro membuatkan beliau dihukum 400 tahun penjara. Namun Pedro telah dibebaskan pada tahun 2007 selepas 34 tahun dipenjara oleh Justice System.
Beliau kemudiannya ditahan semula pada tahun 2011 di rumahnya atas kesalahan memberontak.
5. Tommy Lynn Sells
Tommy Lynn Sells merupakan pembunuh paling berbahaya di Texas. Beliau telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya 70 orang mangsa antara tahun 1985 hingga 1999. Pembunuhan yang dilakukan amat sadis, antaranya menikam seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebanyak 16 kali.
Tommy diberkas pihak berkuasa selepas menceroboh masuk ke dalam bilik seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan menikamnya dan ditinggalkan. Namun, kanak-kanak itu tidak mati dan berjaya menghubungi jirannya.
Kanak-kanak itu telah memberikan gambaran secara jelas mengenai Tommy yang membawa kepada penahanannya. Tommy kini masih dipenjarakan di sebuah penjara berkeselamatan tinggi di Livingston, Texas dan akhirnya akan menjalani hukuman mati.
4. Ted Bundy
Pada tahun 70-an, Ted Bundy terkenal sebagai salah seorang pembunuh yang kacak dan paling kejam di dunia selepas menculik, merogol dan membunuh ramai wanita muda dan gadis remaja. Dia dengan berani bertegur sapa dengan wanita-wanita ini di tempat awam, kemudian membawa mereka ke tempat yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan membunuh mereka dengan kejam.
Ted telah memancung leher sekurang-kurangnya 12 mangsa dan menyimpan kepala mangsa di dalam rumah apartmentnya sebagai trofi. Beliau telah berjaya diberkas namun berjaya melarikan diri daripada pihak polis dan mahkamah sebanyak dua kali. Semasa melarikan diri, dia sempat melakukan tiga lagi pembunuhan.
Walau bagaimanapun, Ted akhirnya ditangkap dan disabitkan kesalahan pembunuhan berganda yang membawa hukuman mati. Dia telah dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989.
3. Jeffrey Dahmer
Dahmer telah melakukan pembunuhan sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali di antara tahun 1978 dan 1991, dengan kebanyakkan jenayahnya dilakukan pada 1989 sehingga 1991. Pembunuhan yang dilakukan beliau amat mengerikan, melibatkan liwat, memotong anggota badan dan kanibalisme.
Pada usia 18 tahun, beliau telah melakukan pembunuhan pertamanya, dengan membunuh Steven Hicks berusia 19 tahun. Membunuh di dalam rumahnya sendiri, dengan alasan “tidak mahu dia pergi dari hidupnya.”
Beliau telah ditangkap pada 22 Julai 1991, apabila bakal mangsanya, Tracy Edwards, telah bergelut sesama mereka apabila Dahmer cuba untuk menggari tangannya. Edwards berjaya melepaskan diri dan menahan kereta peronda polis lalu menunjukkan apartment Dahmer.
Setelah menyerbu kediamannya, pihak berkuasa tempatan telah menemui beberapa kepala manusia di dalam peti sejuk dan tengkorak manusia pula berada di dalam almari pakaiannya.
Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 937 tahun atas kesalahan membunuh seramai 15 orang. Dahmer dan rakan penjaranya bernama Jesse Anderson akhirnya mati dipukul oleh salah seorang penghuni penjara dan mengalami kecederaan yang teruk di kepala pada tahun 1994.
2. John Wayne Gacy
John Wayne Gacy atau dikenali sebagai Pogo the Clown telah melakukan serangan seksual dan membunuh 33 orang lelaki muda dan remaja lelaki dalam satu siri pembunuhan kejam antara tahun 1972 hingga 1978 di Chicago.
Beliau akan memancing mangsa datang ke rumah dengan menjanjikan wang atau pekerjaan sebelum membunuh mereka dengan mencekik menggunakan torniqueta.
26 mangsa telah ditanam di dalam ruang di bawah rumahnya dan mayat selebihnya dibuang ke dalam Sungai Des Plaines. John telah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun sebelum dihukum mati menggunakan suntikan maut pada tahun 1994.
1. Pedro Alonso Lopez
Pedro Alonso Lopez atau gelarannya “The Monster of the Andes” merupakan pembunuh bersiri yang berasal dari Colombia. Beliau dijatuhkan hukuman kerana membunuh 80 kanak-kanak perempuan namun menurut pengakuannya, beliau telah merogol dan membunuh lebih daripada 300 kanak-kanak perempuan.
Ketika kecil beliau pernah dicabul dan diliwat. Pedro pernah dipenjara ketika berumur 18 tahun akibat mencuri kereta. Ketika dipenjarakan, beliau telah diliwat beramai-ramai oleh banduan lain. Sejak itu beliau bersumpah untuk melakukan perkara yang sama kepada semua gadis.
Pedro mula membunuh anak gadis di Peru selepas dibebaskan. Beliau mengaku telah membunuh hampir 100 orang sehingga tahun 1978. Ketika berada di Colombia dan kemudiannya ke Ecuador, beliau turut memberitahu bahawa 3 gadis dibunuh setiap minggu. “Saya suka gadis di Ecuador, mereka lebih lembut dan mudah percaya,” jelasnya.
Pedro ditangkap ketika satu cubaan culik yang gagal dan telah mengaku membunuh lebih daripada 300 mangsa. Pihak polis menjumpai kubur tempat mangsa-mangsanya ditanam. Mereka menemui 53 mayat.
Penangkapannya pada 1980 oleh kerajaan Ecuador berakhir selepas pembebasannya pada tahun 1998. Pedro memberitahu media bahawa beliau dibebaskan kerana tingkah lakunya yang baik.
Selepas satu jam dibebaskan, Pedro diberkas semula sebagai pendatang tanpa izin dan diserahkan kepada pihak berkuasa Colombia. Di Colombia, Pedro akhirnya telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2002.
Begitulah kisah 6 pembunuh bersiri yang sangat ngeri dan seram apabila membaca cara pembunuhan yang dilakukan oleh mereka. Memang mereka ini mempunyai masalah mental yang serius.
Sumber: World evil serial killer, Most prolific serial killer