6 Filem ‘Hits’ Tentang Bencana Yang Anda Patut Tonton

Adakah citarasa anda dalam filem lebih kepada sesuatu yang bertemakan bencana dan wabak berbahaya? Kami kongsikan enam filem yang sesuai untuk dijadikan peringatan dan pengajaran:

1. The Flu (2013)

Dibintangi oleh Jang Hyuk dan Soo Ae, The Flu mengisahkan sekumpulan pendatang asing yang diseludup masuk ke Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka adalah pembawa wabak yang sangat berjangkit. Untuk dijadikan cerita, semua pendatang asing meninggal dunia tetapi seorang sahaja daripada mereka yang hidup.

Tidak lama kemudian, virus yang membawa maut ini menjangkiti beribu-ribu orang dalam setiap jam. Tidak berhenti di situ, ia turut meragut nyawa mangsa dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti wabak tersebut.

Kerajaan terpaksa meletakkan semua penduduk di pinggir bandar Bundang dalam kuarantin untuk menghentikan penularan wabak berbahaya tersebut.

2. Contagion (2011)

Dibintangi oleh Matt Damon dan Gwyneth Paltrow, Beth Emhoff (Gwyneth Paltrow) menganggap bahawa dirinya hanya mengalami jet lag walaupun sudah tidak sedap badan apabila pulang ke Minnesota dari percutiannya di Hong Kong.

Beth menghembuskan nafas terakhir dua hari kemudian tetapi suaminya (Matt Damon) dimaklumkan oleh doktor bahawa mereka tidak tahu punca sebenar wanita tersebut meninggal dunia.

Susulan daripada pemergian Beth, ramai orang mula menunjukkan gejala yang sama dengan wanita itu dan wabak tersebut mula tersebar ke seluruh dunia.

3. Train to Busan (2016)

Image

Dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi dan Ma Dong-seok, Train to Busan mengisahkan Seok-woo (Gong Yoo) iaitu seorang pengurus kewangan di Seoul.

Apabila Soo-an berkeras mahu bersama ibunya pada hari lahirnya. Seok-woo tidak mempunyai pilihan lain kecuali membawa anak perempuannya itu ke Busan.

Sebelum KTX yang dinaiki oleh mereka bertolak meninggalkan Seoul, seorang gadis seperti zombi melompat ke atas kereta api.

Semua penumpang kereta api laju tersebut kini cuba untuk menyelamatkan diri mereka daripada serangan virus yang menjadikan manusia zombi.

4. Tunnel (2016)

Dibintangi oleh Ha Jung-woo dan Bae Doona, Tunnel mengisahkan Lee Jung-soo (Ha Jung-woo) yang mahu pulang ke rumah untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya.

Semasa Jung-soo memandu melalui sebuah terowong yang melintasi gunung, perkara yang tidak diingini berlaku kepada jurujual kereta itu apabila terowong tersebut runtuh!

Sementara Jung-soo cuba untuk menyelamatkan dirinya yang ‘terkubur’ di bawah beribu-ribu tan konkrit dan serpihan, anggota-anggota penyelamat turut mengejar masa untuk membebaskan jurujual kereta tersebut.

5. I Am Legend (2007)

Dibintangi oleh Will Smith, I Am Legend mengisahkan bagaimana Dr. Robert Neville (Will Smith) adalah satu-satunya manusia yang terselamat daripada virus yang berpunca daripada ubat penyembuh kanser.

Saintis itu turut berusaha untuk membuat penawar supaya dapat menyembuhkan manusia yang telah berubah menjadi zombi.

6. The Tower (2012)

Dibintangi oleh Sol Kyung-gu dan Son Ye-jin, kejadian api kecil di dapur sebuah restoran di Tower Sky telah menarik perhatian kakitangan gedung menara berkembar tersebut iaitu Lee Dae-ho (Kim Sang-kyung).

Pemilik bangunan Jo (Cha In-pyo) membuat keputusan untuk mengadakan pesta Krismas dan sekali gus mengabaikan amaran Dae-ho yang mendapati sistem pemadam api telah rosak.

Untuk dijadikan cerita, sebuah helikopter telah disewa untuk mengelilingi bangunan itu dan menyembur salji buatan kepada para tetamu.

Walau bagaimanapun, kegembiraan mereka berubah dalam sekelip mata apabila helikopter itu hilang kawalan dan terhempas pada bangunan tersebut.

Selepas membaca artikel ini, jangan lupa untuk sediakan kotak tisu dan tonton semua filem yang berjaya menarik perhatian anda. Selamat menonton!

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan filem menarik untuk ber-marathon, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca