6 Ejaan Sebenar Perkataan Bahasa Melayu Yang Sering Kita Keliru

Walaupun kaedah ejaan bahasa Melayu ini sebenarnya agak mudah, ramai orang yang masih lagi keliru tentang bagaimana nak eja perkataan tertentu.

Kami akan kongsikan enam perkataan bahasa Melayu yang selalu kita salah ejaannya menerusi artikel ini:

1. Resepi atau resipi?

Untuk pengetahuan anda, resipi ialah ejaan yang betul untuk merujuk pada senarai bahan dan tatacara penyediaan masakan. Istilah resepi pula tidak wujud.

2. Kuetiau, kueytiaw atau kuehtiao?

Sumber: Soya Cincau

Ia merupakan salah satu perkataan yang membuatkan ramai orang keliru tentang ejaan sebenar kerana mempunyai banyak versi. Jawapan yang tepat adalah kuetiau sekiranya kita merujuk kepada makanan yang diperbuat daripada tepung beras yang biasanya direbus atau dimasak seperti mi.

3. Legenda atau lagenda?

Untuk perkataan ini, ejaan yang sebenar ialah legenda dan bukannya lagenda.

4. Reda atau redha?

Sumber: SAYS

Apabila menulis dalam tulisan jawi, huruf dhod digunakan memberikan nada yang lebih keras dalam sebutannya. Atas sebab itu, kita sudah terbiasa dengan redha di mana huruf h ditambah untuk memperkuatkan sebutan.

Ejaan sebenar perkataan ini ialah reda di mana ia mempunyai sebutan yang lebih lembut.

5. Limau kesturi atau kasturi?

Berbeza dengan tanggapan ramai, ejaan yang betul ialah kesturi. Selain limau, kesturi turut merujuk pada bau wangi yang terhasil daripada beberapa jenis tumbuhan atau sumber haiwan.

6. Kerinting atau keriting?

Sekiranya anda mahu tahu, kerinting sebenarnya dieja tanpa huruf n. Jadi, ejaan sebenar ialah keriting. Perkataan kerinting juga wujud tetapi ia merujuk pada sejenis siput yang telah diasinkan dengan garam ataupun sejenis tumbuhan palma.

Sementara itu, anda boleh follow @lejendigital di TikTok untuk pelbagai perkongsian menarik seperti di bawah:

Pada pendapat anda, perkataan mana yang paling membuatkan diri sendiri keliru dengan ejaan sebenar?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca