6 Drama Korea Paling ‘Lejen’ Yang Wajib Anda ‘Rewatch’

Pasti ramai pembaca di sini yang merupakan peminat drama Korea. Ramai yang mengatakan bahawa drama Korea ini seolah-olah ‘berhantu’. Apabila dah mula terjebak tengok satu episod, confirm tak boleh berhenti tengok sehinggalah drama tersebut tamat. Dalam erti kata lain, drama Korea memang addictive!

Muda-mudi zaman sekarang mesti cuma tahu judul-dulu drama Korea terkini sahaja. Contohnya, Descendants of the Sun, Goblin dan Weightlifting Fairy Kim Bok-joo. Walaupun tidak dinafikan bahawa drama-drama ini layak mendapat tontonan yang tinggi kerana jalan ceritanya yang menarik, ia masih tidak boleh menandingi drama-drama Korea yang dulu-dulu.

Tahun 2000 merupakan zaman kegemilangan drama bersiri Korea di Malaysia. Ketika itu, ramai yang mula terjebak dengan penangan drama Korea ini dan mula berminat untuk mengenali para pelakon K-Drama kegemaran mereka.

Bagi mengimbau memori lama, berikut kami kongsikan 6 K-Drama paling lejen yang anda semua wajib tonton semula:

1. Autumn in My Heart (2000)

Ramai yang setuju bahawa drama ini merupakan drama yang paling menyayat hati. Walaupun bergenrekan romantik, ia penuh dengan tragedi menerusi cerita kekeluargaan dan cinta. Penangan drama ini mampu buat penonton menangis sampai bengkak mata! Ia dibintangi oleh Song Seung-heon (Yoon Joon-suh), Song Hye-kyo (Choi Eun-suh), Won Bin (Han Tae-seok), Han Chae-young (Shin-ae) dan ramai lagi.

Ia mengisahkan hubungan adik-beradik di mana apabila meningkat dewasa, mereka mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya tiada pertalian darah dan terpaksa berpisah. Kedua-dua watak ini bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dan mula jatuh cinta. Namun begitu, ada watak ketiga yang hadir di mana dia turut jatuh cinta kepada heroin drama ini.

2. Full House (2004)

Memang tidak dinafikan, drama ini merupakan drama bersiri Korea yang pertama ditonton buat majoriti peminat K-Drama. Malah, pelakon hebat seperti Rain dan Song Hye-kyo mula dikenali ramai menerusi drama ini.

Full House penuh dengan babak kelakar yang mampu membuat siapa sahaja yang sedang sedih tersenyum kembali. Drama ini juga membuktikan kata-kata yang sering kita semua ungkap, “Jangan asyik gaduh, nanti lama-lama bertukar jadi sayang.”

3. My Girl (2005)

Antara barisan pelakon yang membintangi My Girl adalah Lee Da-hae (Joo Yoo-rin), Lee Dong-wook (Seol Gong-chan), Lee Joon-gi (Seo Jung-woo) dan Park Si-yeon (Kim Se-hyun).

Ia mengisahkan kesungguhan seorang anak, Joo Yoo-rin yang mencari duit untuk melangsaikan hutang ayahnya. Pada masa yang sama, dia bertemu dengan Seol Gong-chan yang merupakan pewaris tunggal kepada L’Avenue Hotel. Bagi menunaikan impian datuknya yang sedang nazak, Gong-chan membayar Yoo-rin untuk menyamar sebagai cucu kepada datuknya yang telah lama hilang.

4. Stairway to Heaven (2003)

Drama yang sarat dengan unsur percintaan ini dibintangi oleh Kwon Sang-woo (Cha Song-joo), Choi Ji-woo (Han Jung-suh/Kim Ji-soo), Shin Hyun-joon (Han Tae-hwa/Han Chul-soo), Kim Tae-hee (Han Yoo-ri) dan ramai lagi.

Mengisahkan dua orang sahabat baik sejak kecil yang terpisah apabila bapa Jung-suh berkahwin untuk kali yang kedua manakala Song-joo pula terpaksa melanjutkan pelajaran di luar negara. Setelah Song-joo pulang semua ke tanah air, hatinya hancur apabila mendapat tahu bahawa kekasihnya itu telah hilang ingatan akibat kemalangan.

5. Boys Over Flowers (2009)

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Ku Hye-sun (Geum Jan-di), Lee Min-ho (Gu Jun-pyo), Kim Hyun-joong (Yoon Ji-hoo), Kim Bum (So Yi-jung) dan Kim Joon (Song Woo-bin).

Drama yang mempunyai 25 episod ini diilhamkan daripada sebuah komik manga Jepun yang juga berjudul Boys Over Flower. Malah, ia juga diadaptasi daripada drama bersiri hit Taiwan iaitu Meteor Garden.

6. Coffee Prince (2007)

Coffee Prince mengisahkan seorang lelaki kacak, Han-gyeol lakonan Gong Yoo yang benci untuk terikat dengan kariernya. Walau bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan amanah neneknya untuk meneruskan legasi perniagaan kafe keluarga mereka itu.

Pada masa yang sama, dia bertemu dengan seorang gadis tomboy. Walaupun gadis itu mempunyai personaliti yang aneh, dia berjaya menambat hati Han-gyeol.

Selepas membaca artikel ini, bolehlah anda semua mengisi masa yang terluang dengan berdrama marathon. Selamat menonton!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca