6 Cara Ini Boleh Buat Gigi Anda Putih Secara Semula Jadi

Gigi yang sedikit kuning itu sebenarnya normal kerana permukaan gigi akan menjadi haus apabila individu semakin meningkat dewasa. Atas sebab itu, gigi orang dewasa akan nampak lebih kusam berbanding kanak-kanak.

Sekiranya anda mahu gigi yang lebih putih, kami akan kongsikan enam cara semula jadi untuk atasi masalah tersebut dalam artikel ini:

1. Kunyah makanan pencuci mulut

Sekiranya anda mengunyah makanan seperti epal, sayur saderi atau lobak merah, ia dikatakan dapat membuat gigi jadi lebih putih. Hal ini demikian kerana teksturnya yang berserat boleh membersihkan sisa makanan antara gigi anda.

2. Soda penaik

Anda perlu membancuh suku sudu soda penaik (baking soda) dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Anda boleh lakukannya sekali seminggu atau setiap dua minggu kerana soda penaik ini boleh menghakis gigi.

3. Garam

Garam dipercayai boleh menambah sumber mineral pada gigi dan sekali gus menyerikan lagi warna putihnya.

Anda hanya perlu menyapu garam pada gigi kemudian berus dan bilasnya seperti biasa. Walaupun garam boleh bertindak sebagai antibakteria, anda perlu elakkan garam daripada terkena gusi.

4. Ambil minuman kafein dalam kuantiti terhad

Kopi ialah salah satu musuh kepada gigi anda selain rokok dan minuman bersoda. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu elak minuman kafein 100 peratus tetapi mengehadkan kuantiti pengambilannya setiap hari.

Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria streptocuccus mutans iaitu bakteria utama yang merosakkan gigi.

5. Straw

Anda perlu minum minuman bergula atau kopi melalui straw kerana ia dapat menghindarkan direct contact dengan gigi. Sekiranya anda tidak mempunyai straw, anda perlu membilas mulut 30 minit selepas menikmati minuman tersebut.

6. Makanan berkalsium tinggi

Dengan mengambil makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli, ia boleh mambantu mengelakkan hakisan pada gigi dan sekali gus mengekalkan keputihannya.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua yang mahu gigi lebih putih tetapi tidak mahu mengeluarkan wang.

Penulis:

  • Ainu Syairah Ibrahim adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca