6 Budaya Pelik Masyarakat Jepun, Nombor 4 Paling Mengejutkan

Negara Jepun bukan hanya terkenal dengan teknologi yang canggih tetapi Jepun juga terkenal sebagai masyarakat yang sangat sopan dan jujur.

Namun, terdapat perkara-perkara pelik yang dilakukan oleh masyarakat Jepun. Antara perkara pelik tersebut adalah:

1. Hotel Cinta

Hotel ini menjadi trend di Jepun ia dibina untuk pasangan yang ingin melempiaskan nafsu serakah mereka. Dikatakan seramai 2% populasi Jepun akan ke hotel ini setiap hari. Hotel cinta mempunyai 2 kadar bilik yang berbeza, untuk yang sekadar ‘berehat’ dan yang bermalam.

Kebanyakan hotel cinta terletak berhampiran stesen keretapi, lebuh raya atau kawasan perindustrian.

2. Gigi Bertindih

Gigi bertindih atau gigi taring menjadi trend dalam kalangan remaja Jepun. Sekiranya gigi bertindih, mereka tidak akan ke Instagram bagi mencari braces palsu yang murah daripada scammer yang langsung tidak bertauliah mahupun mempunyai latar belakang akademik pergigian.

Sebaliknya, mereka akan bangga dengan gigi mereka. Bagi yang bergigi tersusun di Jepun, mereka akan berjumpa dengan pakar gigi bertauliah bagi mendapatkan gigi bertindih.

Trend ini dikenali sebagai ‘yabae’ yang bermaksud gigi berganda.

3. Tong sampah di tempat awam adalah dilarang

Anda tidak akan melihat tong sampah di tempat awam. Peraturan ini dihubungkan dengan budaya itu sendiri sejak zaman kanak-kanak, orang Jepun diajar untuk menyimpan sampah dan membuangnya di rumah masing-masing.

4. Kafe Peluk

Negara Jepun terkenal sebagai negara bujang sehinggakan banyak kempen menggalakkan perkahwinan dan beranak dianjurkan. Mungkin kerena terlalu ramai yang bujang, ‘kafe peluk’ ini ditubuhkan.

Lelaki yang bujang mahupun yang keseorangan boleh ke kafe yang berlokasi di bandar Akibahara untuk mendapatkan peluk percuma dari staf wanita.

Bagi perkhidmatan lain seperti merenung mata ke mata, membelai rambut staf wanita dan sebagainya dikenakan bayaran. Namun, tiada hubungan seks yang ditawarkan di sini.

5. Mesin Vending

Bagi yang pernah ke Jepun, pasti anda telah melihat mesin vending di mana-mana sahaja.

Perbezaan ketara antara mesin vending di Jepun dengan negara-negara lain adalah kandungan mesin tersebut, iaitu barang yang dijual.

Barang yang dijual termasuklah telur segar, beras, tisu tandas, bunga segar, majalah porno, bateri mahupun pakaian dalam dan ketam hidup.

Lokasi mesin ini di mana-mana sahaja, termasuklah di Gunung Fuji.

6. Festival Bogel

Pada festival ini, lelaki akan menangggalkan pakaian dan hanya menutup bahagian sulit dengan sehelai kain dipanggil ‘fundoshi’.

Festival bogel ini dikenali sebagai Hadaka Matsuri disambut untuk meresap semangat kejahatan ke dalam badan mereka, mengikut kepercayaan nenek moyang.

Memang pelikkan cara masyarakat Jepun ni? Ada idea yang boleh diambil sebagai iktibar dan selebihnya sekadar pengetahuan, jangan ambil serius atau cuba diamalkan dengan budaya Malaysia. Bahaya!

Sumber:
Free Malaysia Today

Artikel Lain Untuk Di Baca