Bagi para graduan yang baru sahaja tamat pengajian, anda pasti akan menjalani latihan industri ataupun praktikal sebelum benar-benar rasmi tamat pengajian. Namun ada beberapa aspek penting yang perlu anda ambil kira sebelum anda memulakan latihan industri anda. Berikut merupakan aspek penting yang perlu diambil kira sebelum anda bergelar seorang intern!
1. Penampilan
Perkara pertama yang anda perlu titikberatkan ialah penampilan anda. Pastikan penampilan anda sentiasa kemas dan sedap mata memandang. Elakkan daripada berpakaian serba selekeh seperti hendak pergi ke kelas pula!
2. Menepati Masa
Sebagai seorang intern, amatlah penting bagi menepati masa. Ianya penting dari segi submission kerja bagi mematuhi dateline yang telah ditetapkan. Sikap sering lewat menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa alasan munasabah bakal menyebabkan anda mempunyai rekod buruk di mata majikan.
3. Attitude
Satu yang anda perlu tahu ialah dunia pekerjaan tidak lagi sama dengan zaman belajar. Oleh itu sesporting mana pun bos anda, pastikan anda tidak melampaui batas.
4. Public Relation
Pernahkah anda mendengar bahawa sikap itu melambangkan peribadi seseorang? Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk sentiasa beramah mesra dengan rakan sekerja anda. Bukannya apa, anda pasti tidak mahu digelar sombong bukan?
5. Bertanya
Sekiranya anda tidak pasti tentang sesuatu perkara tidak salah untuk bertanya. Sikap rajin bertanya akan memiminimalkan peluang anda untuk membuat kesalahan. Sikap malas bertanya anda mungkin akan menyusahkan orang lain kelak.
6. Jangan Tidur
Anda mungkin merasa bosan memandangkan anda masih baru dan kerja masih tidak menimbun untuk disiapkan namun elakkan diri anda daripada tidur!
Apa yang penting sekali ialah sentiasa rajinkan diri anda untuk bertanya dan biarlah anda diingati sebagai seorang yang menyenangkan, bukan sebaliknya.
Good luck!