56 Ahli Dewan Undangan Negeri Akan Menghadap Sultan Johor

Belum selesai kemelut politik di negara kita, terbaharu sumber memaklumkan bahawa kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri dijangka akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada hari ini.

Rombongan Barisan Nasional akan diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Hasni Mohammad. Wakil dari Pakatan Harapan dan Bersatu akan menghadap baginda pada petang ini. Dikatakan, perjumpaan ini akan diadakan di Bukit Timbalan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  telah menitah untuk menemu bual 222 ahli parlimen dan hari ini sambungan sesi kedua sedang berjalan.

Diharapkan kemelut yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan baik demi kesejahteraan kepada negara.

Untuk membaca artikel lain berkenaan kemelut politik di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca