52 Tempat Wajib Lawat, New York Times Pilih Sabah Dan Chow Kit

New York Times (NYT) iaitu sebuah akhbar terkemuka dunia dari Amerika Syarikat mengeluarkan senarai 52 tempat yang perlu dilawati oleh pembaca mereka pada tahun 2020.

Menariknya, dua tempat dari Malaysia iaitu Sabah dan Chow Kit turut tersenarai bersama destinasi pelancongan ternama lain seperti Paris dan Tokyo di kedudukan ke-20 dan ke-28.

Kami kongsikan faktor yang menyumbang kepada pemilihan Sabah dan Chow Kit oleh NYT menerusi artikel ini:

1. Chow Kit, Kuala Lumpur

thechowkit
Sumber: The Chow Kit

Pemilihan Chow Kit di tangga ke-20 senarai tersebut menjadi tanda tanya kerana ia merupakan sebuah tempat yang agak sesak selain daripada menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah.

Untuk menjawab pertanyaan orang ramai, penulis Sanjay Surana kongsikan sebab utama kawasan kejiranan yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur itu menjadi pilihan akhbar berkenaan.

Tahukah anda bahawa pasar basah di Chow Kit merupakan yang terbesar di Malaysia?

Selain itu, tempat ibadah bagi penganut Sikh (gurdwara) terbesar di Asia Tenggara juga berada di sana.

Akhbar itu turut mengetengahkan hotel butik 113 bilik yang direka oleh Studio Tack dari Brooklyn bagi projek pertamanya di Asia iaitu The Chow Kit.

Selain itu, MoMo’s Kuala Lumpur disifatkan oleh Sanjay sebagai sebuah tempat penginapan yang ‘bijak’ untuk mereka yang tidak mahu berbelanja besar.

Sekiranya anda masih lagi mencari destinasi untuk staycation bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, anda boleh menjadikan Chow Kit sebagai lokasi pilihan anda selepas ini.

2. Sabah

says
Sumber: SAYS

Sabah menduduki tangga ke-28 destinasi pelancongan pilihan NYT kerana ia digambarkan sebagai kawasan biodiversiti yang menyediakan pelbagai pengalaman namun masih tidak diketahui ramai.

Memetik laporan New York Times, “Tarikan terbesar Sabah adalah pengunjung berpeluang untuk melihat orang utan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok.”

Untuk peminat sukan lasak, anda boleh mendaki di Gunung Kinabalu dan berenang bersama ikan jerung di perairan Semporna.

Bagi pencinta pantai, anda boleh menaiki feri dari Kota Kinabalu untuk ke Pulau Gaya.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia antara dua negara Asia Tenggara yang berjaya memasuki senarai tersebut selain dari Kemboja.

Anda boleh baca senarai penuh destinasi pilihan New York Times untuk tahun 2020 kepada para pembaca di sini.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan destinasi pelancongan tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca