5 ‘Vibes’ Di Universiti Yang Dirindui Pelajar Sepanjang Pembelajaran Jarak Jauh Dalam Talian (ODL)

Penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberi impak terhadap kita semua. Antara yang turut terkesan tentulah golongan pelajar yang kini terpaksa mengikuti pengajian secara dalam talian (ODL).

Situasi ini telah menyebabkan para pelajar merindui suasana ketika berada di dalam kelas secara fizikal di universiti masing-masing. Tidak kurang juga ada yang tertekan dan tidak dapat membiasakan diri dengan pembelajara secara dalam talian (ODL.)

Mari kami imbas kembali 5 vibes di universiti yang sangat dirindui pelajar-pelajar sepanjang menjalani kelas secara dalam talian.

1. Rindu nak bangun dan bersiap pergi ke kelas

Walaupun sesetengah pelajar malas bangun pagi, tetapi mereka tetap berjaya untuk hadir ke kelas. Seronok apabila dapat bersiap cantik-cantik untuk masuk ke kelas. Malah, bagi pelajar yang suka mengambil gambar outfit of the day (OOTD), inilah waktu yang terbaik untuk menunjukkan gaya masing-masing dengan berlatar belakangkan bangunan kampus.

2. Rindu nak ‘pening kepala’ fikir makan apa

Rutin harian pelajar selepas kelas adalah makan. Lagi-lagi apabila kelas tamat pada waktu tengah hari. Para pelajar akan berpusu-pusu ke kafe atau foodtruck untuk membeli makanan walaupun pada ketika itu mereka tidak tahu nak makan apa.

3. Rindu jarak waktu antara kelas

Kebiasaannya jarak waktu setengah jam atau sejam sebelum kelas, para pelajar akan berkumpul dengan rakan sekelas dan ‘membawang’! Ada juga yang menggunakan kesempatan ini untuk pulang ke asrama untuk berehat atau berbincang tentang tugasan berkumpulan.

4. Rindu belajar dengan pensyarah dalam satu kelas

Ya, perkara ini sangat dirindui pelajar kerana belajar secara ODL ini sangat menyeksakan. Ada di antara pelajar universiti yang ‘kecundang’ kerana tidak mampu fokus dengan pembelajaran secara dalam talian. Lagipun, pembelajaran secara dalam talian ini agak sukar sekiranya pelajar menghadapi masalah internet.

5. Rindu nak lepak dengan kawan-kawan

Inilah sebenarnya waktu yang sangat pelajar rindui. Di universiti, ke mana sahaja pasti bersama dengan kawan-kawan. Rindu nak berkongsi masalah bersama, rindu nak keluar hangout bersama-sama dan banyak lagi!

Pembelajaran secra dalam talian ini menyedarkan para pelajar bahawa belajar secara fizikal itu lebih seronok daripada secara online. Sebelum ini, pelajar sering merungut untuk bangun awal ke kelas dan mengharapkan kelas online. Bila sudah dapat, lain pula jadinya.

Walau bagaimanapun, buat pelajar-pelajar universiti yang sedang berjuang, jangan putus asa! Kerana cabaran di dunia pekerjaan adalah lebih hebat dari zaman belajar.

Penulis:

  • Nurul Syaziera Binti Amiruddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca