5 Tips Untuk Memulakan Perniagaan Dalam Talian

Untuk memulakan sebuah perniagaan, aspek yang paling penting ialah seorang peniaga itu perlu mengetahui asas perniagaan dan juga mengenali pelanggan mereka. Kali ini, kami kongsikan lima tips yang boleh diikuti oleh para peniaga dalam talian:

1. Selidik kehendak pelanggan


Mereka perlu selidik kehendak pelanggan ataupun sasaran pelanggan mereka terlebih dahulu. Satu contoh yang boleh peniaga gunakan untuk selidik kehendak pelanggan adalah dengan menyemak Google Trend dan dari situ, mereka boleh masukkan keyword atau topik berkaitan dengan perniagaan mereka.

Walaupun kelihatan sangat mudah untuk dilakukan, terdapat juga peniaga yang terlepas pandang tentang kehendak pelanggan dan akhirnya merugikan diri mereka sendiri dengan perniagaan tersebut.

2. Utamakan teknik soft sell berbanding hard sell bagi menarik perhatian bakal pelanggan

Soft sell merupakan kaedah di mana para peniaga memasarkan produk mereka melalui penceritaan atau perkongsian yang berkaitan dengan produk yang ingin mereka jual.

Contohnya, peniaga A ingin membuka sebuah perniagaan yang berkaitan dengan pakaian. Peniaga A boleh berkongsi dengan pembeli mereka ataupun pengikut media sosial mereka tentang tips untuk mencari warna baju yang bersesuaian dengan tona kulit mereka. Ataupun tips supaya baju yang dibeli oleh para pelanggan dapat digunakan untuk masa yang lama.

Tanpa disedari, penceritaan atau perkongsian seperti ini telah memberi nilai tambah kepada pengikut laman media sosial peniaga A.

Hard sell ialah kaedah di mana peniaga membuat jualan seperti promosi dan membuat penerangan secara terperinci tentang produk tersebut termasuk harga dan sebagainya. Dalam bahasa mudah, hard sell menggunakan pendekatan yang lebih direct untuk memasarkan produk tersebut.

Dengan menggunakan teknik hard sell, peniaga A boleh menjual produk mereka dengan menekankan kelebihan produk mereka berbanding perniagaan pakaian yang lain sama ada daripada segi kualiti produk yang terjamin ataupun harga yang berpatutan. Dalam erti kata lain, peniaga A ‘memaksa’ pembeli untuk membeli produk daripadanya.

Soft sell pula berkait rapat dengan penjenamaan diri peniaga tersebut. Tujuan soft sell adalah untuk membina kredibiliti dan hubungan bersama pelanggan terlebih dahulu.

Para peniaga perlu ingat bahawa orang ramai tidak sukakan iklan. Sekiranya mereka kerap berkongsi pengetahuan mereka tentang perniagaan mereka, mereka akan nampak lebih arif di mata pelanggan dan seterusnya lebih dipercayai oleh pelanggan tersebut.

Anda boleh klik pada pautan ini untuk dapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana mahu memastikan media sosial anda sentiasa up to date dengan trend-trend terkini.

3. Positioning

Positioning di sini bermaksud apa yang membezakan perniagaan anda daripada pesaing yang lain. Contohnya, peniaga A menjual pakaian yang nampak mewah dengan harga mampu milik.

Bukan sahaja pakaian yang dijual oleh peniaga A nampak mewah tetapi harga mampu milik, peniaga A juga memberikan postage secara percuma kepada pelanggan yang membeli lebih daripada satu pakaian.

Mungkin pesaing lain juga menawarkan pakaian yang nampak mewah tetapi harga mampu milik dan juga postage secara percuma, tetapi peniaga A menawarkan servis khidmat pelanggan yang jauh lebih baik daripada pesaing-pesaing yang lain.

Sekiranya peniaga membuat pilihan seperti itu untuk perniagaan mereka, mereka perlu mengambil kira tentang lokasi dan membandingkan kurier mana yang bersesuaian untuk mereka mengepos produk mereka kepada para pembeli supaya para pembeli dapat menerima belian mereka dalam jangka masa yang dijanjikan oleh para peniaga.

4. Mempunyai sambungan internet yang laju

Walaupun agak klise, peniaga perlu mempunyai sambungan internet yang laju untuk menjalankan perniagaan dalam talian. Sekiranya sambungan internet peniaga laju, maka lebih mudah untuk mereka menguruskan perniagaan mereka dan menguruskan tempahan para pembeli.

5. Uar-uarkan perniagaan anda dalam media sosial

Peniaga tidak boleh mempunyai rasa malu dan cepat putus asa apabila perniagaan mereka baru bermula dan tidak menerima perhatian sebanyak yang mereka inginkan. Perniagaan yang paling berjaya ialah perniagaan yang tersebar dari mulut ke mulut. Disebabkan itu, para peniaga tidak boleh berputus asa kerana rezeki tidak pernah salah alamat.

Salah satu syarikat media yang menawarkan pakej pengiklanan di media sosial ialah Lejen Digital. Lejen Digital menawarkan peluang pengiklanan dengan bajet serendah RM50.

Akaun Twitter Lejen Press mempunyai 1.7 juta impressions setiap bulan. Lejen Digital menawarkan pakej tweet termasuk copywriting dengan bajet serendah RM50 sahaja. Jika dikira, satu tweet hanyalah berharga RM12.50 sahaja.

Dengan hanya RM12.50, anda boleh mengiklankan perniagaan anda kepada 28,700 orang prospek. Dalam erti kata lain, anda boleh mengiklankan perniagaan anda kepada audiens yang ramai menggunakan modal yang sedikit sahaja.

Selain itu, Lejen Digital juga menawarkan pakej IG Story serendah RM100 untuk sembilan post. Iklan anda berpotensi untuk dilihat lebih 250,000 orang prospek. Akaun Lejen Press mempunyai 7.4 juta impressions setiap minggu.

Selain itu, satu IG post mampu memperoleh sehingga 30,000 views dalam masa satu hari. Dalam erti kata lain, pihak Tuan/Puan cuma perlu mengeluarkan RM3.70 untuk setiap 10,000 viewers. Dengan menggunakan pakej IG Story, diibaratkan seperti anda telah membuat 10,000 edaran untuk orang ramai menggunakan RM3.70 sahaja.

Menarik bukan? Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rate card lain yang ditawarkan oleh pihak Lejen Digital, anda boleh klik pada pautan ini ataupun anda juga boleh menghubungi Lejen Digital di nombor 018-261 9410 (Suhaira) untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej rate card yang ditawarkan.



Kesimpulannya, semoga tips yang dikongsikan dalam artikel ini membantu para peniaga untuk memulakan perniagaan dalam talian anda dan semoga berjaya! Selain itu, anda juga boleh membaca tentang tips untuk iklankan produk anda tanpa perlu berbelanja besar.

Artikel Lain Untuk Di Baca