Amalan membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Antaranya boleh mengurangkan stres, meningkatkan perbendaharaan kata serta dapat meningkatkan tumpuan dan fokus.

- Letakkan Target Membaca Yang Ingin Anda Capai
Setiap bulan, minggu atau hari, anda perlu meletakkan target bacaan buku yang ingin anda capai. Namun demikian, anda perlu meletakkan target bilangan buku yang munasabah untuk anda capai.
2. Baca Buku Yang Menarik Minat Anda
Buku fiksyen atau bukan fiksyen antara bahan bacaan yang boleh menarik minat anda sama ada fiksyen atau bukan bergantung kepada sejauh mana anda menyukai genre tersebut. Jangan baca hanya kerana anda perlu tapi bacalah buku yang boleh menaikkan minat anda.
3. Berhenti Membaca Buku Yang Anda Tidak Minat
Pilihlah buku yang boleh memberi kepuasan dan rasa gembira untuk anda. Hal yang demikian kerana hasil pembacaan yang bagus boleh meningkatkan hormon Serotonin yang boleh mengurangkan stres.
4. Masukkan Aktiviti Membaca Sebagai Rutin Harian Anda
Bahagikan masa untuk membaca sekurang-kurangnya 5 muka surat sehari dan boleh ditambah apabila rutin menjadi kebiasaan anda. Selain itu, wujudkan waktu sendiri ‘me time’ bagi membaca contohnya membaca buku sebelum tidur.
5. Selalulah Membawa Buku Bersama Anda
Ini antara tips yang mudah yang boleh diikuti oleh semua. Ini kerana negara-negara maju seperti negara Barat dan Jepun seringkali membawa buku bersama-sama mereka walau di dalam kenderaan awam sekalipun kerana budaya membaca mereka sangat bagus.
Untuk baca artikel artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: