4 Tips Untuk Elakkan Diri Daripada Diragut Semasa Bercuti Di Luar Negara

Semasa kita pergi bercuti di luar negara, kita selalu berasa diri kita selesa dengan keadaan sekeliling. Tidak semua penjenayah memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mendapat keuntungan daripada mangsa mereka. Semasa kita masih leka bercuti, mungkin itulah peluang untuk peragut untuk memulakan kerja mereka.

Jadi, bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada diragut semasa bercuti di luar negara? Kali ini, kami kongsikan 4 tips yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa ragut ketika anda sedang bercuti.

1. Meniru cara kehidupan orang tempatan

Ini adalah satu cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut di mana kita perlu memerhati orang di sekitar kita daripada segi cara mereka memegang beg sama ada dari arah depan atau meletakkannya di bahu sahaja. Setiap kali anda tiba di tempat yang baharu, anda perlu berhati-hati kerana setiap tempat akan berubah keadaannya.

2. Gunakan barangan elektronik anda dengan berhati-hati

Jika anda mahu menggunakan barangan elektronik anda seperti laptop, anda tidak patut meletakkannya di atas meja makan di ruang luar. Ia mampu meningkatkan risiko anda untuk menjadi sasaran peragut. Jadi, apakah harus anda buat? Jika anda perlu menggunakan laptop, anda haruslah menggunakannya di dalam kawasan tempat makan kerana ia merupakan tempat yang selamat.

Kamera pula haruslah mempunyai tali untuk dipakai dan talinya pula harus disembunyikan di bawah jaket anda supaya pencuri tidak dapat memotong tali itu.

3. Berjalan dalam kumpulan

Melancong semestinya perkara yang menyeronokkan. Tetapi, jika anda melancong secara berkumpulan atau membawa teman sekali, anda mampu mengurangkan risiko kerana pasangan anda boleh mengawasi keselamatan anda.

4. Menyimpan barang anda di tempat yang anda boleh lihat

Seluar jeans lelaki merupakan sasaran peragut jika kita meletak beg duit di poket belakang seluar. Ia merupakan tempat kegemaran para pencuri kerana mangsa tidak akan sedar bahawa barang mereka sudah dicuri. Sebagai contoh, anda sepatutnya meletakkan beg duit anda di bahagian poket depan di mana anda boleh melihatnya.

Jika anda mahu berehat sebentar atau berada di kedai makan, pastikan beg anda berada di tempat yang boleh anda lihat. Anda juga boleh memasang tali di beg galas anda dan mengikatnya di bahagian meja supaya beg anda tidak dibawa lari oleh peragut.

Penulis

  • Munir Mahdi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca