5 Tips Penulisan Oleh Maria Isabella (Novelis Uqasha)

Untuk mereka yang biasa atau gemar membaca di Wattpad, karya UQASHA pasti tidak asing lagi. Penulisnya, Maria Isabella juga turut menulis Davika dan Rafaella yang juga disiarkan di Wattpad. Berjaya menarik lebih 11 juta views di Wattpad (setakat 1 Ogos 2018) pastinya bukan kerja mudah dan bukan calang-calang orang di sebalik karya-karya viral ini. Menulis itu sendiri bukanlah satu kerja mudah bukan? Apatah lagi untuk menulis sebuah karya yang mendapat sambutan ramai seperti yang telah dihasilkan oleh Maria.

Berikut dikongsikan 5 tips penulisan yang ditulis sendiri ikhlas dari hati oleh Maria Isabella untuk perkongsian dengan pembaca I Am Lejen.com: 

So, here’s my personal opinions. Basically these are my basic guidelines whenever I write.

Hopefully, they could benefit others as well.

1. DISIPLIN

Menulis ialah satu skill yang mesti diasah selalu, or else ia boleh tumpul. Cuba tetapkan target setiap hari dan accomplish; eg. 100 patah perkataa setiap hari. Walaupun sikit, tapi latihan 100 patah perkataan setiap hari secara konsisten selama seminggu adalah lebih baik daripada 1000 patah perkataan sekaligus tapi dibuat seminggu sekali.

2. ORGANIZE

Menulis selalunya datang daripada inspirasi. Ada masa-masanya idea datang mencurah-curah, jadi rajinkan diri utk jot them down atau record in voice memos.

Later on, idea-idea tersebut boleh diserap masuk ke dalam rangka cerita. Selalunya, plot akan lebih kemas jika raw idea adalah lebih tersusun.

3. INFINITI

Menulis ialah satu ekspresi seni dalam bentuk penulisan, jadi cuba untuk tidak hadkan diri.

Jika genre seram yang ingin ditulis, cuba sampaikan mood seram itu sehabis baik hingga meremangkan bulu roma pembaca. Jangan risaukan public criticism just yet, just do your very best and deliver.

4. FORMATTING

Jangan malas untuk revise semula penulisan. Setelah siap draf pertama, ambil masa untuk check for typos, improvise structure ayat dan perbaiki loopholes dalam plot. Formatting penting kerana format yang baik memberikan good first impression kepada penulisan kita.

5. MEMBACA

Semestinya seorang penulis harus rajin membaca. Daripada pembacaan, kita boleh perbaiki kekurangan kita dan belajar benda baru.

To write good books, we must read great books. Jadi, jangan lupa membaca buku-buku yang berkualiti dari semasa ke semasa.

Good luck!

Yang menulis,
Maria Isabella.

Artikel Lain Untuk Di Baca