5 Tips Menjaga Penampilan Diri Agar Kelihatan Menarik

Pada zaman yang serba moden ini, kebanyakan orang selalu mengambil berat tentang penampilan diri mereka tidak kira usia muda mahupun tua, lelaki mahupun wanita. Penampilan diri merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

Tidak hairanlah jika kebanyakan orang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan lebih menarik di khalayak ramai. Kali ini, kami kongsikan 5 tips menjaga penampilan diri agar sentiasa kelihatan menarik:

1. Menjaga kebersihan diri

Orang lain akan senang ketika melihat anda yang selalu berpenampilan bersih, rapi dan terurus. Kebersihan dapat dijaga dengan menggosok gigi secara teratur, mandi serta mengenakan pakaian yang bersih dan rapi.

2. Memilih pakaian yang sesuai

Tidak perlu untuk mengenakan pakaian yang mahal untuk tampil menarik. Hanya cukup dengan memilih pakaian yang sesuai dengan diri dan sesuai dengan kegiatan anda sahaja.

3. Merapikan rambut

Rambut berfungsi sebagai bingkai wajah dan ia perlu dijaga untuk sentiasa kelihatan kemas tidak kiralah wanita ataupun lelaki. Setiap hari, rambut perlulah disisir agar kelihatan rapi dan tidak kusut.

Bagi lelaki, rambut perlulah digunting secara rutin agar tidak bercabang. Jika anda ingin rambut tetap pendek, rapikan hujung rambut setiap 2-3 minggu. Tapi jika anda berniat memanjangkan rambut, rapikan hujung rambut setiap 4-6 minggu.

4. Sentiasa senyum

Anda pasti setuju bahawa orang yang sering tersenyum ini akan kelihatan lebih menarik.

5. Menghindari berdandan secara berlebihan

Segelintir wanita berfikir dengan memakai alat solek yang tebal, mereka akan kelihatan lebih cantik. Tapi kenyataannya, orang lain atau para lelaki akan lebih menyukai wanita yang kelihatan natural. Wanita yang berdandan secara sederhana akan kelihatan lebih menarik kerana menampilkan sisi cantik secara semula jadi.

Penulis

  • Resiani Kaing adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca