KONGSIKAN

Hujung tahun merupakan waktu yang paling sesuai untuk pergi bercuti, setelah penat dengan kerja dan kuliah inilah waktunya untuk kalian pergi berehat, tenangkan minda dan mata yang sering mengadap komputer tu.

Selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti. Disini penulis ingin kongsikan tempat penginapan menarik selain dari Hotel.

1. Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat

 

 

Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat menawarkan percutian khusus untuk orang dewasa di tengah-tengah persekitaran tropika. Bilik-bilik terletak di atas bukit yang curam di dalam hutan hujan, dan hanya boleh diakses melalui tangga panjang. Hanya 4 minit pemanduan dari Pantai Cenang, 15 minit dari Lapangan Terbang Langkawi, dan 30 minit pemanduan dari Pekan Kuah.

 

 

 

 

Setiap bilik yang moden dilengkapi dengan balkoni yang menawarkan pemandangan hutan. Televisyen satelit skrin rata dan WiFi percuma disediakan. Untuk rekreasi pula terdapat  sebuah kolam renang luaran  disediakan. Spa di lokasi dan rawatan urut boleh diatur atas permintaan. Kakitangan boleh menyediakan perkhidmatan dobi dan bantuan aturan bersiar-siar.

Terdapat sebuah restoran Jepun dalam masa 3 minit berjalan kaki dari tempat penginapan, di mana tetamu  boleh menikmati diskaun.

Layari Website: https://www.ambong-ambong.com/

 

2. The Acacia Retreat, Bentong Pahang.

 

 

 

The Acacia Retreat telak di Bentong, Pahang ini  Setiap bilik  dilengkapi dengan meja,  bilik mandi peribadi dengan bidet. turut terdapat  sebuah kolam renang luaran.

 

The Acacia Retreat turut menyediakan WiFi percuma dan terdapat restoran untuk para tetamu. Unit-unit tertentu di tempat penginapan ini mempunyai balkoni dengan pemandangan tasik, Para tetamu di tempat penginapan ini boleh menikmati aktiviti seperti berbasikal di dalam dan sekitar Kampong Chegar..

 

 

Layari Website: http://www.theacacia.my/contact@webconnection.asia

 

3.  Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor. 

 

 

 

Di Templer Park Rainforest Retreat ini pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Ia terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur.

 

 

 

Bilik mempunyai balkoni yang memberi peluang para tetamu menikmati pemandangan sekililing yang mendamaikan. Kolam renang mempunyai keluasan yang luas sesuai untuk para tetamu yang hadir bersama ahli keluarga.

 

Layari Website: https://www.tprr.net/

 

4. Sekeping Serendah, Selangor. 

 

 

Sekeping Serendah, Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan. Sambil mendengar bunyi burung dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu, so jangan risau tak akan kena gigit nyamuk.

 

 

 

Tempat Barbecue turut disediakan di hadapan setiap rumah para tetamu, untuk mereka yang ingin menghabiskan waktu bersama sahabat atau pun keluarga inilah waktunya untuk mengeratkan lagi hubungan.

 

Layari Website: https://sekeping.com/serendah

 

5. Limastiga, Umbai, Melaka

 

Foto : Limastiga

 

 

Pada mereka yang inginkan suasana kampung tapi moden dan dilengkapi dengan kolam renang.  Datanglah ke Limastiga, Melaka Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Restoren turut disediakan untuk para tetamu yang mungkin tidak mahu keluar untuk mencari makanan. Limastiga  disediakan  khusus untuk pengunjung beragama Islam, ini kerana mereka di Limastiga amat menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang.

 

Layari : http://limastiga.blogspot.com/

 

Penulis harap selepas berkongsi tempat-tempat menarik ni  dapat memberi idea untuk para pembaca yang mungkin tengah pening kepala memikirkan tempat percutian dan penginapan yang sesuai. Beri ruang pada mental dan fizikal kita untuk berehat.

 

Selamat Bercuti !

 

Jika anda mempunyai atau ingin berkongsi cerita yang menarik, jemput kongsikan kepada kami diruangan komen.