Kebanyakan tempat yang menjadi tumpuan para pelancong adalah kerana keindahan alam semula jadi. Namun, ada beberapa tempat alam semula jadi yang bukan sekadar menarik tetapi juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Sesetengah daripadanya berharga dan dilindungi oleh negara-negara di mana terletaknya tempat itu.
Jadi hari ini kami kosngsikan 5 tempat paling pelik di dunia.
1. Fly Geyser, Nevada
Tempat ini sebenarnya ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1964 apabila para pengkaji menebuk permukaannya untuk uji kaji suhu. Air panas terpancut keluar dari tempat galian semenjak dari kejadian itu. Mereka mendapati air yang terpancut mengandungi kadar mineral tinggi yang menyebabkan lapisan unik terbentuk. Perkara tersebut telah menyebabkan permukaan batu bertukar warna kemerah-merahan dan hijau.
Jika anda berhajat ke sini, maaf tidak dapat, kerana tempat ini dilindungi dan tidak dibuka untuk orang awam.
2. Giant’s Causeway, Ireland Utara
The Giant’s Causeway yang terletak di sebuah tempat dikenali County Antrim, Ireland Utara sebagai kawasan Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986 kerana keunikan dan keajaiban yang tidak terdapat di tempat lain.
Kebanyakan batuan kolum itu berbentuk heksagon dan oktagon yang berketinggian sehingga 12 meter. Di dalam cerita-cerita rakyat Ireland Utara, nama The Giant’s Causeway diberikan ekoran kisah dua gergasi yang bergaduh sesama sendiri sehingga batu yang dipijak menjadi seakan laluan berjalan kaki.
3. Pokok Darah Naga, Socotra
Dracaen Cinnabari, atau pokok darah naga adalah pokok pelik di Socotra, iaitu kepulauan kecil daripada empat pulau yang terletak di Lautan Hindi. Pokok darah naga ini kelihatan seperti cendawan gergasi. Ia bukan sahaja mempunyai pandangan pelik tetapi ia juga boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit.
4. Blue Lagoon, Iceland
Korang pasti tahu Iceland merupakan salah sebuah negara yang beriklim sejuk. Namun, di Blue Lagoon anda boleh menikmati mandian kolam air panas yang semula jadi serta dikelilingi oleh salji dan batu gunung berapi. Iceland juga terkenal dengan kepulauan gunung berapi yang mempunyai banyak kolam air panas semula jadi. Suhu purata 100 darjah selsius sepanjang tahun telah mengakibatkan warna air di kolam air panas ini menjadi biru muda. Selain daripada itu, kandungan garamnya juga dikatakan baik untuk kesihatan kulit.
5. Salinas Grandes, Argentina
Jika korang melihat gambar di atas, mungkin korang beranggapan bahawa itu adalah salji. Namun, yang sebenarnya itu bukanlah salji tetapi ia adalah garam. Kawasan ini dipenuhi oleh ketulan-ketulan garam kerana sebelum ini kawasan tersebut merupakan kawasan berair. Namun, selepas berlakunya penyejat, ia telah menyebabkan kawasan tersebut menjadi kering-kontang. Garam yang terdapat di sini selepas daripada itu adalah lebih tulen dan pekat berbanding garam yang biasa kita gunakan untuk memasak. Disebabkan itu, tidak banyak kehidupan yang mampu bertahan di kawasan tersebut.
Amacam? Suka tak tempat yang dikongsikan oleh kami ini? Manalah tahu selepas membaca artikel ini korang berasa tertarik untuk pergi bercuti ke destinasi tersebut.