Hai, para travelers! Korang tahu tak ada banyak tempat di dunia yang menakjubkan dan indah untuk dikunjungi? Di sini penulis ingin kongsikan tempat yang indah dan sesuai untuk pergi bersama keluarga, teman atau pasangan.

Antara 5 tempat yang paling menakjubkan di dunia adalah:

1. Abraham Lake, Utara Saskatchewan River di barat Alberta, Kanada

Abraham Lake adalah tasik buatan di Utara Saskatchewan River di barat Alberta, Kanada. Keluasan permukaan 53.7km dan lebar seluas 32km. Tempat ini sangat jarang dikunjungi dan anda akan berasa sangat takjub melihat pemandangannya di situ.

2. Dean’s Blue Hole

Lokasi ini terletak di Long Island, Bahamas. Ia merupakan pantai dan batu kapur yang mengelilingi lubang biru terbesar di dunia. Ini adalah sesuatu keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan jarang sekali dijumpai di mana-mana.

3. Air Terjun Iguazu

Air terjun ini terletak di sempadan Negeri ParanĂ¡ di Brazil dan Provinsi Misiones di Argentina dan air terjun ini merupakan salah satu air terjun yang terbesar di dunia. Oleh sebab itu, ia menjadi salah satu tempat tarikan pelancong dari seluruh dunia.

4. Cuaeva De Los Cristales

Cuaeva De Los Cristales terletak di Chihuahua, Maxico. Percaya atau tidak, tiada sesiapa yang tahu tempat ini sehinggalah pada tahun 2000. Itu pun secara tidak sengaja ditemui oleh 2 orang pelombong ketika melakukan proses cari gali perak dalam gua ini. Sekali gus, gua ini menjadi salah satu tempat yang sangat terkenal dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong.

5. Cavernas De Marmol (Marble Cathedral)

Cavernas De Marmol terletak di Patagonia dan ia merupakan sempadan antara Argentina dan Chile. Keluasan kawasan tasik ini adalah 1,850km persegi di mana 90km persegi adalah kepunyaan Chile dan 880km persegi lagi kepunyaan Argentina. Ia adalah tasik terbesar di Chile dan ke-4 terbesar di Argentina.

Jika anda seorang yang gemar melancong dan ingin mencuba suasana baru, penulis menyarankan anda untuk pergi ke tempat-tempat ini.

Jangan lupa untuk ikuti di Telegram Lejen Press untuk mendapatkan info yang lebih menarik. Selamat membaca semua.

Sumber: Viramon