Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur memiliki segala-galanya. Dari segi pembangunan,pusat membeli-belah,pusat hiburan, rekreasi dan termasuklah tempat makan menarik yang punyai pelbagai cita rasa.
5 tempat makan menarik di sekitar Kuala Lumpur
1. Restoran Sambal Hijau
Sambal Hijau cukup terkenal bagi mereka yang inginkan masakan kampung. Di sini, terdapat lebih 80 jenis masakan Melayu disediakan. Menu paling terkenal sudah tentulah daging salai dan udang masak lemak cili api, gulai tunjang ikan bakar dan patin tempoyak.
Ulam-ulaman dan kerabu turut disediakan disamping aneka sambal atau air asam pencicah yang boleh dipilih. Bertempat di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur
2. Restoran Rebung Datuk Chef Ismail
Restoran milik selebriti chef terkenal tanah air iaitu Datuk Chef Ismail ini menyediakan segala macam hidangan dan masakan kampung yang mampu membuatkan anda berasa seperti masakan ibu anda. Lauk pauk seperti siput sedut, masak lemak cili api, kari, aneka gulai, ikan bakar, sotong,udang dan ayam goreng, semua ada di sini. Turut terdapat Kuih muih tradisional yang sememangnya sukar untuk kita temui di tempat lain.
Hiasan dalaman restoran ini juga unik ia seperti anda melangkah masuk ke dalam rumah sendiri.
3. Satay Capitol 1951 Warisan
Satay Capitol ini merupakan restoran satay yang sememangnya lazat dan terkenal di ibu kota. Restoran ini mempunyai 2 buah cawangan yang terletak di Kampung baru dan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pelbagai jenis satay dihidangkan di sini. Dagingnya lembut manakala Kuah kacangnya juga sedap kerana kacangnya tidak terlalu kasar. Selain itu, Satay Capitol turut menyediakan nasi lemak yang enak.
4.RSMY Cheese Nan
Terkenal dengan roti nan keju kerana kenakan rasanya yang kaya dengan keju mozarella. Sesiapa sahaja yang mencuba menu ini pasti teruja dengan keju mozarella yang diadun dalam roti menyebabkannya meleleh dan boleh `ditarik’ ketika panas. Rotinya juga lembut dan tidak mudah keras jika dibiarkan. Satu lagi faktor yang menarik pelanggan ke RSMY Cheese Nan ini adalah kerana kuah kegemaran ramai iaitu gulai daging cincang dan ayam tandoori.
Mereka menggunakan ramuan segar dan asli yang diimport dari Pakistan dan mungkin inilah yang membuatkan restoran ini lain dari kedai nan seumpamanya. RSMY Cheese Nan mempunyai tiga buah cawangan yang terletak di Jalan Danau Niaga, Jalan Medan Tuanku dan di Bandar Baru Bangi.
5. Cosy Place
Ingin cuba makanan barat, bolehlah ke Cosy Place. Cukup menarik dan terkenal di Wangsa Maju. Anda pasti akan dapat menikmati hidangan dengan selesa apatah lagi melihat hiasan dalaman restoran ini yang ala-ala British.
Macam-macam masakan barat ada di Cosy Place yang boleh anda pilih seperti baked salmon with tartar, fish and chips, ribeye steak, spaghetti dan banyak lagi. Masakan panas atau local food seperti nasi goreng pun ada.
Harganya pula masih berpatutan dan munasabah walaupun dikategorikan sebagai ‘cafe hipster’.
Jadi, para pembaca bolehlah cuba restoran yang penulis kongsikan.