5 Tempat Makan ‘Best’ Di Gombak Dan Batu Caves Yang Anda Wajib Pergi

Selain terkenal sebagai tempat yang mempunyai pelbagai tarikan menarik, Gombak dan Batu Caves juga menjadi bualan ramai dengan pelbagai kafe dan restoran baharu sekali gus menjadikan ia lokasi paling sesuai untuk kaki makan. Bagi menjimatkan masa membuat pilihan tempat makan atau mengelakkan diri sendiri daripada membuat pilihan yang salah dan tidak berbaloi, berikut kami kongsikan lima tempat makan best di Gombak dan Batu Caves yang anda wajib pergi:

Nota: Jika sedang lapar, baca atas risiko sendiri.

1. Schumart Cafe

Pernahkah anda cuba makan daging wagyu bersama mi segera sebelum ini? Sekiranya tidak ialah jawapan, anda wajib masukkan Schumart Cafe ke dalam senarai tempat makan di Gombak untuk dikunjungi.

Mengetengahkan konsep kafe dan kedai serbaneka, Schumart Cafe menawarkan pelbagai pilihan menu yang pastinya bakal menepati cita rasa semua food hunter.

Salah satu hidangan yang berjaya mendapat tempat tinggi dalam hati para pengunjung kafe ini ialah Schumart Wagyu Burger. Apa yang kami suka tentang Schumart Wagyu Burger ialah daging pattinya sungguh tebal dan berjus.

Schumart Wagyu Burger (150g) – RM29.90

Walaupun begitu, daging wagyu yang ditawarkan di Schumart Cafe ini memang sangat empuk. Bergantung pada cita rasa masing-masing, anda boleh pilih sama ada mahukan daging wagyu itu dimasak secara medium rare atau medium.

Sekiranya anda tanya pendapat kami, boleh sahaja ambil daging wagyu yang dimasak secara medium kerana rasanya masih sedap sampai boleh terbawa-bawa ke alam mimpi.

Dalam pada itu, daging rusuk ialah potongan premium yang paling digemari oleh orang ramai. Sudahlah lembut, rasa daging rusuk ini boleh terasa sehingga ke gigitan terakhir.

Atas sebab itu, semua penggemar daging rusuk wajib cuba Schumart AUS Ribeye Sandwich kerana ia memang tidak akan membuatkan anda sakit gigi dan harga pun mesra poket sahaja. Sekiranya anda sedang mencari tempat makan murah di Gombak atau Batu Caves, Schumart Cafe adalah pilihan terbaik.

Schumart AUS Ribeye Sandwich – RM23

Selepas makan Schumart AUS Ribeye Sandwich, kami faham mengapa ramai orang mengambil masa yang lama untuk move on daripada burger ini.

Walaupun tidak minat stik, anda wajib cuba ribeye di Schumart Cafe kerana rasanya memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Kami berani jamin yang anda memang akan berpuas hati dengan Schumart AUS Ribeye Sandwich sehingga perut yang sudah kenyang pun mampu berbunyi semula kerana ia ditawarkan pada harga berpatutan. Sekali dah cuba, mesti akan mahu lagi.

Dalam pada itu, anda wajib cuba Nasi Lemak Signature (Basmathi Rice) sekiranya kunjungi kafe ini pada suatu hari nanti. Pada pendapat kami, rasa sambalnya agak menyengat sedikit jadi ia akan membuka deria rasa penggemar masakan pedas.

Walaupun begitu, semua yang pernah mencuba nasi lemak ini memang berpuas hati dengan keenakan sambal tersebut sehingga ada yang minta refill. Jangan risau, anda boleh refill sambal tersebut di Schumart Cafe.

Nasi Lemak Signature (Basmathi Rice)- RM4.90

Apa yang istimewa tentang menu berkenaan ialah sambal nasi lemak tersebut memang homemade dan ia dibuat sendiri oleh isteri pemilik restoran berkenaan. Kami percaya ia merupakan salah satu sebab kenapa nasi lemak ini berjaya menawan hati ramai kerana ia dibuat dengan penuh kasih sayang selain menggunakan beras basmati sebagai ramuan utama.

Untuk minuman pula, kami suka Blue Lagoon Pineapple Soda. Rasanya yang manis memang sesuai untuk dimakan bersama Nasi Lemak Signature (Basmathi Rice) kerana anda akan terus lupa kepedasan sambal tersebut dengan air ini.

Blue Lagoon Pineapple Soda – RM7

Selain kepelbagaian menu dan makanan yang enak, kafe ini memang cukup Instagram-worthy untuk anda yang gemar bergambar. Schumart Cafe ialah lokasi yang sesuai jika anda ingin mengadakan sambutan hari jadi atau apa-apa sambutan sekali pun. Anda boleh DM mereka di Instagram sekurang-kurangnya tiga hari sebelum acara berkenaan.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk kunjungi Schumart Cafe, boleh hubungi 03-6128 0892 ataupun 013-209 6885 untuk dapatkan makanan terus dihantar ke hadapan pintu rumah. Caj penghantaran adalah berdasarkan jumlah makanan dan jarak lokasi anda dari Schumart Cafe sendiri.

Alamat: No. 11, Jalan Paragon Utama 1, Paragon Utama, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi-10 malam)

Instagram: www.instagram.com/schumartcafe/

Twitter: twitter.com/CafeSchu

2. Merah Kuning Western

Tidak lengkaplah senarai tempat makan best di Gombak tanpa Merah Kuning Western. Buat semua ‘hantu’ makanan Barat, anda wajib berkunjung ke Merah Kuning Western yang memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam masakan tersebut.

Terdapat dua pilihan berbeza untuk Set Dulang iaitu kecil dan besar. Dengan harga RM30, anda boleh dapatkan french fries, spageti, chicken chop dan bebola daging. Walaupun namanya Set Dulang Kecil, portion yang ditawarkan memang berbaloi dengan harganya kerana anda boleh kenyang sehingga keesokan harinya.

Set Dulang Kecil – RM30

Untuk Set Dulang besar pula, ia didatangkan bersama chicken chop, ayam panggang, lamb chop, fish and chips, bebola daging dan kentang goreng.

Disebabkan semua orang mempunyai cita rasa berbeza, anda boleh juga cuba Mix Combo. Pada pendapat kami, chicken chop, fish and chip dan lamb chop ialah pilihan terbaik daripada Mix Combo sekiranya anda mahu makan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.

Mix Combo Chicken, Fish & Lamb – RM25

Walaupun bukan seorang penggemar kambing, anda wajib cuba lamb chop di Merah Kuning Western. Kami percaya daging kambing di sini diperap dengan masa yang lama kerana ia sungguh lembut.

Selain itu, lamb chop di Merah Kuning Western ini menjadi igauan ramai kerana ia didatangkan bersama sos lada hitam yang pasti akan membuatkan anda terbayang-bayang kelazatannya selepas pulang nanti.

Tidak lengkaplah senarai makanan Barat tanpa burger, betul tak? Biarlah gambar yang berbicara untuk Crispy Cheese Burger. Satu perkara yang kami suka tentang Crispy Cheese Burger di Merah Kuning Western adalah ia dilimpahi keju dan sangat rangup.

Crispy Chicken Burger – RM6

Pendek cerita, Crispy Cheese Burger ini mendapat tempat tinggi dalam hati para pengunjung kedai makan ini kerana rasanya memang sungguh sempurna sehingga anda sukar pandang burger di tempat lain.

Selepas mengisi perut dengan makanan enak, anda pastinya mahukan minuman untuk membasahkan tekak pula. Bagi kami, Green Tea Blended di Merah Kuning Western memang sedap tidak terkata kerana ia tidak terlalu pahit atau manis. Just nice. Sekiranya anda tidak suka teh hijau kerana rasanya yang agak pahit, wajib cuba Green Tea Blended di sini kerana ia sangat seimbang dari segi rasa.

Green Tea Blended – RM5

Selain Green Tea Blended, mereka turut mempunyai pelbagai jenis minuman lain seperti Caramel Latte dan Hazelnut Coffee. Hazelnut Coffee pula tidak terlalu pekat tetapi rasanya cukup sempurna. Sekiranya anda tidak minat kopi, banyak lagi pilihan minuman lain jadi jangan risau.

Untuk pengetahuan, harga makanan dan minuman di restoran ini memang sangat mesra poket. Jadi, anda boleh makan di sini bersama rakan-rakan atau keluarga sekiranya sedang mencari tempat makan murah di Gombak.

Mereka turut menyediakan khidmat penghantaran makanan terus ke hadapan pintu rumah. Anda boleh WhatsApp 017-293 7273 dan tunggu sahaja makanan sampai di hadapan pintu rumah.

Alamat: Jalan Bunga Raya Utama, Kampung Baru Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (4 petang- 11 malam)

Instagram: www.instagram.com/merahkuningwestern/

Facebook: www.facebook.com/merahkuningwestern/

Website: merahkuningwestern.maynuu.com

3. Warung Puteri Taman Sri Gombak

Sekiranya anda tidak suka makan makanan pedas, Warung Puteri Taman Sri Gombak ialah pilihan terbaik. Ia menawarkan pelbagai jenis menu yang mampu membangkitkan selera untuk dimakan bersama nasi pada harga berpatutan.

Salah satu yang berjaya menawan hati kami ialah Nasi KW Ayam Biasa. Nasi KW Ayam Biasa ini terdiri daripada nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong dadu dan lengkap bersama gulai pekat. Pada pendapat kami, kuah yang datang bersama nasi ini agak pekat tetapi manis sedikit. Portion nasi juga besar. Jadi, ia memang berbaloi sebagai santapan tengah hari.

Nasi KW Ayam Biasa – RM6

Sekiranya anda tidak suka makan gulai, boleh juga cuba Nasi Ayam Masak Merah. Ia tidak terlalu pedas tetapi memang cukup rasa. Perut kenyang, hati pun senang.

Nasi Ayam Masak Merah – RM6

Anda boleh juga makan Nasi Ikan Keli Goreng di Warung Puteri Taman Sri Gombak sekiranya tidak meminati hidangan berasaskan ayam. Bagi kami, rasa rempah yang padu itu mampu membuatkan anda berpuas hati sehingga gigitan terakhir. Rasa ikan keli ini juga tidak hanyir jadi jangan risau.

Buat penggemar daging, anda boleh cuba Nasi Paru Goreng kerana rasanya tidak terlalu pedas. Walaupun begitu, ia sedap dimakan kerana daging paru ini lembut dan senang dikunyah. Pendek cerita, anda memang akan berpuas hati sekiranya makan di sini.

Nasi Paru Goreng – RM6

Dalam pada itu, Teh Ais Madu di Warung Puteri Taman Sri Gombak adalah yang terbaik pernah kami rasa. Anda yang tidak meminati teh ais juga pastinya akan suka minuman ini kerana ia mampu membuatkan kita seperti berada di awang-awangan. Sedap tidak beragak.

Teh Ais Madu – RM4

Selain itu, anda boleh juga mendapatkan bihun, nasi lemak, kuetiau dan mi pada harga RM2 sahaja sekiranya datang awal untuk sarapan.

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke sini, jangan risau kerana masih boleh dapatkan makanan tersebut melalui perkhidmatan penghantaran Lalamove, Grab dan Foodpanda.

Anda hanya perlu membuat pesanan sahaja nanti makanan tersebut akan sampai di hadapan pintu rumah.

Nombor telefon: 013-910 0600/ 010- 600 2666

Alamat: Warung Puteri Taman Sri Gombak, No 73 Jln SG 3/10 Taman Sri Gombak, Batu Caves, 68100 Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (7 pagi- 7 malam)

Instagram: www.instagram.com/warungputeritamansrigombak/

Facebook: www.facebook.com/warungputeritamansrigombak/

4. Nippon Sushi

Buat anda yang memang hantu makanan Jepun, apa kata anda cuba Nippon Sushi pula? Walaupun namanya Nippon Sushi, ia menyediakan 300 jenis menu yang tidak terhad kepada sushi semata-mata. 

Sekiranya anda merupakan penggemar hidangan berasaskan sotong, Surume Ika Shioyaki ialah pilihan terbaik. Rasanya tidak terlalu pedas tetapi semua yang pernah makan hidangan ini akui hidangan terseut boleh hilang dalam sekelip mata sahaja. Menarik bukan?

Surume Ika Shioyaki – RM26.80

Selain itu, anda wajib cuba Cheesy Tori Karaage kerana ayam goreng cincang yang dihidangkan bersama sos manis pedas dengan keju cair ini pasti akan membuatkan anda ingin datang lagi ke Nippon Sushi.

Cheesy Tori Karaage (Chicken) – RM16.10

Bagi anda yang baru pertama kali ingin mencuba makanan Jepun, Salmon Teppanyaki dan Torikatsu Curry juga menjadi igauan ramai pelanggan Nippon Sushi. Jangan risau kerana kedua-dua hidangan ini bukan berasaskan sushi.

Salmon Teppanyaki – RM25.90
Torikatsu Curry – RM17.30

Selain di Batu Caves, Nippon Sushi turut mempunyai 13 cawangan lain iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang, Klang, Kelana Jaya, Subang Parade, Kajang, Seremban, Batu Pahat, Muar, Pasir Gudang, Melaka dan Kuantan.

Buat anda yang tidak berkesempatan untuk pergi ke Nippon Sushi, mereka turut menyediakan penghantaran makanan melalui Aliments.

Alamat: 16G, Prima, 11, Lorong Samudera Utara, Taman Samudra, 68100 Batu Caves

Waktu operasi: Setiap hari (11:30 pagi- 10 malam)

Instagram: www.instagram.com/nipponsushi_my

Facebook: www.facebook.com/NipponSushiMY/

Twitter: www.twitter.com/nipponsushi_my

Website: nipponsushi.com.my

Nombor telefon: 03-6178 4422

5. Mr Tako Sri Gombak

Terletak di Restoran Azhaar Maju Sri Gombak, Mr Tako bukanlah satu nama yang asing kepada peminat takoyaki. Dengan lebih 200 cawangan di seluruh Malaysia, anda yang tinggal berhampiran Restoran Azhaar Maju juga boleh menikmati kelazatan takoyaki Mr Tako yang dilimpahi sos istimewa bermula 19 Januari ini.

Satu perkara yang kami berani jamin tentang takoyaki Mr Tako ialah kualiti sos mereka memang tidak ada tandingannya. Sekali dah cuba, anda pasti tidak akan pandang takoyaki lain.

Dalam pada itu, harga untuk satu Single Pack Mr Tako ialah RM5 manakala anda boleh dapatkan 12 biji takoyaki pada harga RM10 sahaja. Buat anda yang lebih tertarik dengan takoyaki pedas, apa kata anda cuba Spicy Takoyaki? Ia turut menggunakan serbuk cili dan mayonis betul-betul pedas jadi semua penggemar makanan pedas wajib mencuba menu tersebut.

Mr Tako Single Pack

Alamat: 113, Jalan Prima SG 3/2, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Nombor telefon: 017-235 5432

Facebook: www.facebook.com/MrTako-Azhaar-Maju-Sri-Gombak

Jadi, kedai mana satu yang anda bercadang untuk pergi?

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang tempat makan best di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang dan Bangi serta Petaling Jaya yang wajib anda kunjungi. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca