Kebanyakan orang gemar akan gula, namun jika diambil secara berlebihan manis gula akan menjadi racun yang boleh menjejaskan kesihatan terhadap tubuh badan kita. Makanan manis terutama kuih dan biskut memang enak kerana ia juga antara cara untuk anda semua menghilangkan stress.
Tetapi, anda perlu ketahui 5 tanda amaran awal yang akan berlaku secara sedar atau tidak. Oleh itu, jika anda sudah merasai tanda-tanda di bawah ini, ada baiknya anda kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis sebelum penyakit menjelma.
Antaranya adalah:
1. Ketagih Gula dan Karbohidrat
Sekiranya anda terlalu mendambakan gula dan karbohidrat, anda akan mempunyai sifat ketagihan yang melampau terhadap gula. Maka, untuk menghilangkan kadar kandungan gula yang berlebihan di dalam badan, anda boleh mengikuti rawatan detoksifikasi pada setiap hari.
2. Kekurangan Tenaga dan Keletihan
Makan makanan manis secara berlebihan akan merosak sel-sel darah putih yang berfungsi mempertahankan tubuh dari penyakit. Oleh itu, jika anda sering mengalami kesakitan, segera periksa kadar kandungan pengambilan gula anda pada setiap hari.
3. Kaki dan Masalah Kulit
Plantar Fasciitis adalah penyakit yang melibatkan sakit pada tumit dan kaki. Menurut Dr. S. Green, podiatrist dari New York, penyebab utama penyakit ini adalah kerana pengambilan gula yang berlebihan.
Seterusnya, pengambilan gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti ekzema, rosacea, atau jerawat. Ini kerana kandungan pada gula boleh menyebabkan keradangan terhadap kulit badan.
4. Naik Berat Badan
Jika pengambilan gula terlalu banyak, maka kalori juga turut bertambah. Ini kerana gula tidak mengandungi protein atau serat. Seterusnya, pengeluaran insulin yang berlebihan boleh menyebabkan terjadinya penambahan berat badan.
5. Selesema
Sekiranya, anda kerap mengalami masalah selesema. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan. Dengan memakan terlalu banyak gula, badan anda kurang berkesan untuk melawan selesema dan boleh menyebakan sistem imun menjadi lemah.
Lima masalah di atas adalah tanda seseorang itu mengambil terlalu banyak gula. Sebelum terkena penyakit kencing manis dan masalah lain yang lebih serius, ada baiknya anda kurangkan kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian.
Sumber: Rahsia Rumahtangga