5 Tanda Produk Kecantikan Anda Mengandungi Bahan Merkuri

Untuk memiliki kulit wajah yang putih dan bersih, ramai yang sanggup mengambil jalan pintas dengan membeli produk yang mengandungi bahan kimia. Sesetengah pengguna terlalu ambil mudah tentang kandungan yang terdapat di dalam sesebuah produk kecantikan kerana bagi mereka mendapatkan kulit muka yang di idamkan sudah pun berpuas hati.

Maka itu, untuk mengelakkan pembelian produk kosmetik yang salah, kami kongsikan beberapa tanda produk kecantikan anda mengandungi merkuri berbahaya:

1.Hasil nampak dalam waktu yang singkat

Sumber: pesonapengantin.my

Sesetengah produk kecantikan akan memberi jaminan bahawa kesan akan dilihat seawal 3 hari. Tahukah anda, kesan yang dapat dilihat seawal penggunaan produk, menunjukkan produk itu mengandungi kandungan merkuri yang banyak? Semakin tinggi merkuri, semakin cepat hasilnya.

2. Wajah breakout apabila berhenti penggunaan produk

Sumber: Mary Jardin

Kebanyakkan kes disebabkan oleh berhenti menggunakan sesuatu produk seperti wajah mula keluar jerawat, bintik-bintik merah dan mengakibatkan kulit kusam berbeza daripada semasa penggunaan produk kecantikan itu. Hal ini terjadi kerana terlalu obses untuk menjadi cantik, sehinggakan ada yang tidak pedulikan kandungan di dalam produk tersebut.

3. Jerawat susah tumbuh

Sumber: Kompas Health

Kesan daripada penggunaan produk yang mengandungi merkuri dapat menyebabkan kerosakan pada kulit epidermis iaitu lapisan kulit yang paling atas sekali. Kerosakan kulit itu akan menyebabkan kehilangan protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar Ultraviolet (UV).

4. Krim melekit apabila diguna

Sumber: Grid.ID

Produk yang digunakan sukar untuk menyerap ke dalam kulit dan apabila diguna muka akan kelihatan berminyak serta melekit jika disentuh. Ini menunjukkan terdapatnya bahan merkuri di dalam produk tersebut.

5. Kulit menjadi sensitif

Sumber: bukanaku

Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan merkuri secara berterusan akan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif. Sekiranya terdedah kepada cahaya matahari, kulit akan terasa seperti terbakar dan gatal-gatal serta kemerahan.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika memilih produk kecantikan anda. Jadi, adakah anda sudah memastikan produk kosmetik anda tidak mengandungi sebarang bahan merkuri?

Penulis:

  • NoorAida Izzati Jasni adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca artikel barkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca