5 Tanaman Hiasan Menarik Yang Patut Ada Di Dalam Rumah

Tahukah anda tanaman hidup boleh dijadikan sebagai hiasan dalam rumah? Tanaman hiasan boleh memberi aura positif dalam rumah anda serta memberi sumber oksigen yang lebih segar buat penghuni rumah. Kami akan kongsikan 5 jenis tanaman hiasan menarik yang patut ada di dalam rumah.

1. Lidah buaya

Sumber: IKEA

Lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe vera sangat terkenal kerana mempunyai kegunaan yang pelbagai terutama dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Ia boleh digunakan sebagai penyembuh luka, penyubur rambut serta pembersih udara daripada bahan kimia yang berbahaya. Pokok ini juga sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan kerana mudah dijaga dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

2. Sirih gading

Sumber: idea.grid.id

Sirih gading juga dikenali sebagai Devil’s Ivy. Corak pada daun pokok ini sangat menarik dan dapat menyerikan ruang di rumah anda. Pokok ini sesuai digantung pada dinding rumah atau di ruang dapur kerana daunnya yang berjuntai ke bawah. Selain itu, ia dapat menapis udara daripada toksik-toksik seperti formaldehyde (formalin), benzena dan karbon monoksida yang berbahaya.

3. Lidah mertua

Sumber: siraplimau.com

Pokok lidah mertua sesuai dijadikan perhiasan utama kerana tekstur daun yang keras dan tidak gugur. Ia tidak memerlukan baja tetapi hanya cukup dengan air dan cahaya matahari ia dapat meninggi dengan cantik. Ia sesuai diletakkan di dalam bilik tidur anda kerana ia tidak memerlukan pencahayaan yanng banyak. Pokok ini mudah dibiak dengan hanya menggunakan keratan daunnya atau anak pokok.

4. Pokok labah-labah

Sumber: siraplimau.com

Nama pokok ini diambil berdasarkan bentuknya seperti labah-labah. Keistimewaan pokok ini terletak pada kombinasi warna daunnya yang berbeza. Ia dapat menapis udara daripada toksik-toksik yang berbahaya seperti karbon monoksida dan nitrogen dioksida. Ia sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan kerana tidak berbunga dan mudah dijaga.

5. Peace Lily

Sumber: wanita.com

Jika anda mahu pokok yang berbunga, Peace Lily sangat sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. Ia mampu meneutralkan gas-gas pencemaran seperti formaldehyde (formalin), benzena, karbon monoksida dan amonia yang bercampur di udara. Warna putih pada bunganya dapat menceriakan susana di dalam rumah anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca