5 Taktik Berkesan Untuk Melupakan Seseorang, No. 3 Itu Agak Keji

Move on. 

Kata-kata itu senang untuk diungkapkan namun payah untuk dilakukan terutama bagi sesiapa yang pernah melaluinya. 

Kepada sesiapa yang sedang patah hati, di bawah ini ada cara efektif yang harapnya dapat membantu anda untuk meredakan hati yang rawan:

1. Jangan lupakan dia sungguh-sungguh 

Photo by Thought Catalog on Unsplash

Aik, dah tajuk kata suruh lupa? Maksud penulis adalah jangan paksa diri untuk lupakan dia. Pernah tak, anda hilang barang. Anda asyik teringat dan mencarinya di merata-rata tempat tapi tak jumpa.

Lama kelamaan anda lupa terus barang itu sehinggalah terjumpa semula di bawah katil. Masa itu, anda gelak-gelak je dan tak kisah dah dengan barang yang pernah buat anda tercari-cari sebelum ini. 

Jadi, biarkan masa turut membuat magisnya untuk bantu anda luputkan ingatan pada seseorang. Jangan try hard sangat sebab nanti makin teringat. 

2. Persetankan hidupnya

Photo by Thought Catalog on Unsplash

Jika sebelum ini anda pernah menyiasat dan stalk profilnya di laman sosial untuk ambil tahu apa, di mana, kenapa, siapa dan bagaimana hidupnya, mungkin sudah sampai masanya anda patut pencen daripada melakukan aktiviti seperti detektif Conan itu dan mula fokus dengan hidup sendiri.

Media sosial telah menyediakan butang seperti ‘unfollow’, ‘mute’ dan ‘block’ untuk memudahkan hidup anda

3. Dia tak sempurna

Photo by Thought Catalog on Unsplash

Bila hati sudah dibutakan oleh cinta, dia memang skor perfect 10 dan kita sering membayangkan momen-momen indah. Sukar untuk mencari cacat celanya. 

Namun sebaik, sekacak atau secantik mana pun seseorang itu, cuba bayangkan sekiranya dia terkentut besar atau korek hidung. Adakah sahamnya terus naik? Maaf, cara ini mungkin agak tak senonoh tapi boleh tahan mujarab. 

4. Sayang diri

Photo by Thought Catalog on Unsplash

Apa kata kalau gantikan rasa sayang kepada dia itu kepada rasa cinta kepada diri? Setiap kali fikiran jauh terbang ke arahnya, anda harus mula buat sesuatu yang produktif dan menggembirakan diri sendiri. 

5. Berdoa dan mengadu dengan Tuhan

Photo by Thought Catalog on Unsplash

Dalam banyak-banyak tips, ini cara yang paling power. Cubalah, paras kebahagiaan akan meningkat sebanyak 202% dan harapan anda untuk move on semakin cerah bak sinar mentari pagi. 

Semoga berjaya! 

Lagi artikel berkaitan untuk dibaca:

Artikel Lain Untuk Di Baca