Semua orang tahu bahawa tidur lewat dan makan terlalu banyak tidak baik untuk badan dan juga kesihatan. Namun, kadang-kala tabiat-tabiat harian remeh yang kita sangkakan tidak berbahaya sebenarnya dalam diam boleh memberikan kesan buruk.
Malah, tabiat-tabiat remeh ini boleh membuatkan anda dimasukkan ke hospital. Jadi, kami kongsikan 8 tabiat harian yang disalah anggap sebagai tidak berbahaya. Antaranya adalah:
1. Menyekat Bersin
Fungsi utama bersin adalah untuk mengeluarkan bakteria, virus, dan zarah debu daripada hidung dan badan. Namun, sekiranya anda menyekat bersin anda, ia seolah-olah tidak membenarkan badan anda mengeluarkan benda-benda tersebut.
Bukan itu sahaja, malah impak kekuatan ketika bersin jika disekat boleh menyakiti pendengaran anda, meningkatkan tekanan darah serta merosakkan esofagus anda.
2. Bertangguh Untuk Ke Tandas
Ramai yang tahu menahan kencing adalah tidak baik untuk badan. Hal ini kerana, pada Jun 2018, seorang pemain permainan video yang agak muda dari Great Britain telah dimasukkan ke hospital selepas menghabiskan 8 jam bermain tanpa henti.
Usus dan pundi kencingnya tersangat kembung sehingga doktor beranggapan bahawa dia mempunyai tumor kanser. Sememangnya, anda tidak boleh menyimpan air kencing dalam jangka masa yang panjang dalam badan.
Hal ini kerana, jika anda berbuat demikian ia mungkin mencederakan otot anda yang boleh membawa kepada jangkitan saluran kencing dan sembelit.
3. Membaca Sambil Berbaring Di Atas Katil
Apabila membaca di atas katil, anda boleh ikuti peraturan ini:
1. Jangan pegang buku terlalu dekat dengan mata anda.
2. Jangan lengkungkan punggung anda dan jangan tegangkan leher anda.
3. Jangan baca dengan posisi mengiring kerana jarak anda dari buku akan sentiasa berubah
4. Jangan baca dalam posisi berbaring kerana ia boleh merosakkan saraf tunjang.
Seperti apa yang anda dapat lihat, agak sukar untuk mengikuti semua peraturan ini kerana pastinya anda mahukan keselesaan ketika membaca. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan jenis posisi ini boleh menyebabkan perkembangan kedutan mendalam pada leher anda.
4. Tidur Meniarap
Memang tidak dapat dinafikan posisi tidur sebegini adalah antara yang paling popular dan menjadi pilihan lebih-lebih lagi jika terlalu letih.
Walaupun selesa, namun tidur dengan muka tertiarap pada bantal adalah berbahaya. Hal ini kerana, pernafasan menjadi sukar, leher berada dalam kedudukan yang tidak sepatutnya, menjejaskan peredaran darah menjadi lebih buruk dan vertebra leher berada dalam bahaya.
Selain itu, para doktor memberi amaran bahawa kedutan yang mungkin anda dapat daripada posisi tidur sebegini mungkin akan berterusan dan tidak akan pernah hilang.
5. Menggunakan Telefon Pintar Ketika Buang Air Besar
Kebanyakan daripada kita lebih gemar menggunakan telefon pintar ketika membuang air besar. Namun, ia boleh memberikan kesan yang lebih bahaya kerana kita menghabiskan lebih banyak masa.
Duduk di atas tandas lebih daripada 5 minit boleh meningkatkan tekanan dalam urat-urat anda. Dan sebab mengapa telefon pintar lebih berbahaya adalah kerana kita tidak meninggalkannya di dalam tandas selepas selesai urusan.
Sebaliknya, kita akan membawanya ke mana-mana sahaja malah sehinggakan ke tempat tidur. Tindakan ini membantu penyebaran bakteria yang mana boleh mengakibatkan lebih banyak jangkitan penyakit.
Jadi, kepada anda semua, jika anda tergolong dalam golongan di atas cepat-cepatlah hentikan perbuatan itu. Mungkin kesannya tidak terlalu drastik tetapi secara logiknya tabiat-tabiat tersebut juga boleh mengganggu kesihatan tubuh badan anda.