5 Tabiat Tidur Yang Berbeza Di Seluruh Dunia

Menurut kajian National Sleep Foundation (NSF) mengatakan bahawa tidur yang kurang boleh memberi kesan yang negatif terhadap emosi. Sesetengah negara, tidur sebentar selama 20 minit di siang hari adalah perkara yang biasa. Terdapat beberapa tabiat tidur di negara yang berbeza sangat menarik untuk diketahui. Kami akan kongsikan 5 tabiat tidur yang berbeza di seluruh dunia.

1. China – Bawa bilik tidur ke tempat kerja

Sumber: cbc.ca

Disebabkan waktu bekerja lebih lama, ramai pekerja di China memilih untuk tidur sebentar selepas makan tengahari untuk meningkatkan tumpuan ketika bekerja. Terdapat beberapa pejabat dan kilang di China yang menyediakan kemudahan bilik tidur sementara supaya pekerja dapat bekerja dengan lebih efektif.

2. Japan – Inemuri

Sumber: gogonihon.com

Di Jepun, tidur sebentar di pejabat tidak dianggap sebagai sikap yang buruk mahupun malas. Penduduk Jepun mengamalkan gaya hidup sihat yang dipanggil ‘Inemuri’ iaitu tidur sebentar di tempat awam. Mereka boleh tidur sebentar di mana-mana tempat awam seperti di pejabat, pengangkutan awam dan taman asalkan tidak mengganggu orang lain. Fenomena ini biasa dilihat di negara Jepun dan ia merupakan tanda anda bekerja keras.

3. Amerika Syarikat – Silicon Valley Sleepers

Sumber: indianexpress.com

Walaupun budaya tidur sebentar bukan kebiasaan di Amerika Syarikat, rata-rata banyak syarikat besar menerima budaya ini dengan baik. Contohnya syarikat Google menyediakan sleeping pod yang dibina khas untuk pekerja bagi membantu merehatkan minda.

4. Botswana – Tidur mengikut jadual sendiri

Sumber: radicesleep.com

Menariknya bagi orang asli di Botswana bagi mereka tidur sepatutnya tidak mempunyai had. Anda boleh tidur bila-bila masa yang anda mahu. Kung, orang asli Botswana akan tidur apabila mereka keletihan tanpa mengira masa. Berbeza dengan budaya barat, jadual tidur mereka mungkin kelihatan tidak tersusun tetapi ia sebenarnya baik untuk merehatkan badan.

5. Sepanyol – Sietes

Sumber: radicesleep.com

Dalam komuniti Sepanyol dan Latin, mereka mengamalkan sietes iaitu tidur sebentar pada waktu tengahari. Amalan ini telah bermula sejak beratus-ratus tahun dahulu di mana para petani tidur sebentar selepas penat bekerja di bawah sinaran matahari. Pakar tidur mengatakan bahawa sietes bagus diamalkan ketika anda berasa letih.

Anda mungkin tidak berada di Jepun atau Sepanyol tetapi anda boleh mencuba tabiat tidur berbeza yang sesuai dengan anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca