Jika dahulu sukan ekstrem bukanlah sesuatu yang semua orang sukakan, namun kini sukan ekstrem di Malaysia semakin popular dikalangan remaja. Malah orang dewasa juga semakin berkecimpung di dalam dunia sukan lasak ini.
Penulis ingin kongsikan 5 sukan ekstrem yang mampu mencabar adrenalin anda.
1. Water Rafting
White water rafting ialah sejenis sukan air yang amat sesuai untuk semua tidak kira anda bujang atau sudah bekeluarga. Anda dapat merasai pengalaman mengayak dalam air sungai yang kederasannya melinkungi tahap rendah hingga tahap tinggi sekali. Aktiviti berakit ini mengambil masa lebih kurang satu hingga dua jam bergantung kepada pengaliran air. Ini bukan masalah besar untuk sesiapa yang tidak tahu berenang kerana mereka akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang pakar akan berakit bersama anda.
Lokasi: Kampung Paya, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Layari website: https://www.malaysia-whitewater-rafting.com/

2. Rope swing
Rope swing sangat popular di New zealand lebih dikenali sebagai Nevis Swing. Untuk aktiviti rope swing ini tali yang terikat pada badan penerjun akan disangkut pada kabel yang terletak jauh sedikit dari platform terjun. Kiranya, setelah terjun badan anda akan terhayun ke depan dan kebelakang seperti menaiki buaian. Ketinggian dari aras bawah 60 meter.
Lokasi : Rentas Adventure, Kuala Kubu Bahru. Selangor
Layari website: http://www.malaysiaropeswing.com/

3. Flyboard
Akitiviti sukan air yang ‘cool’ ini boleh dikatakan dapat memenuhi hasrat anda untuk menjadi superman. Alat yang digunakan macam jet pek air yang membolehkan anda guna untuk terbang atas air. Anda akan berdiri di atas alat jet pack air ini yang telah disambung kepada bot dengan hos yang panjang.
Lokasi : Marina, Putrajaya
Layari Website: http://www.flyboardmy.com/

4. Paragliding
Paragliding merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang semakin hari semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti ini memberi peluang yang baik kepada sesiapa yang hendak menikmati pemandangan indah semula jadi dari atas langit. Untuk aktiviti ini, anda perlu berlepas daripada tempat yang tinggi seperti dari atas puncak bukit. Dari situ, anda boleh serahkan yang lain kepada instruktor kerana dia akan mengambil alih untuk mengawal payung terjun anda. Jadi, anda tidak perlu berasa susah hati dan menikmati penerbangan tersebut dengan pakar paraglider.
Lokasi : Paragliding Jugra, Selangor
Layari Website: :http://www.paragliders.my/tandem-flights/

5. Sky Warrior Rainforest Challenge
Anda pasti tahu tentang rancangan American Ninja Warrior, sebuah rancangan realiti dari Amerika Syarikat. Bila tonton rancangan nampak mudah setiap cabaran yang mereka lakukan tapi kini anda boleh rasa kepayahan menghadapi setiap halangan yang mereka lalui di Putrajaya. Apa tunggu lagi, pergilah cuba!
Lokasi: Sky warrior rainforest,fPutrajaya
Layari Website: http://www.skyridesputrajaya.com/skywarrior

Penulis berharap perkongsian kali ini dapat mendorong pembaca untuk mencuba sukan ekstrem jadi, apa yang anda tunggu lagi? Siap-sedia untuk menempah pengalaman yang menerujakan ini!