5 Steamboat ‘Best’ Di Selangor Yang Anda Wajib Pergi

Steamboat ialah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia yang sedap untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Bagi menjimatkan masa membuat pilihan tempat makan atau mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang salah dan tidak berbaloi, berikut kami kongsikan lima steamboat best di Selangor yang anda wajib pergi:

Nota: Jika sedang lapar, baca atas risiko sendiri.

1. ASAP Steamboat & Grill

Bagi penggemar steamboat dekat luar sana, anda memang rugi besar sekiranya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke ASAP Steamboat & Grill yang terletak di Puchong kerana apa yang ditawarkan di sini adalah cukup berbeza dengan kedai-kedai steamboat yang lain.

Di ASAP Steamboat & Grill, setiap orang dewasa hanya perlu bayar RM37 sahaja untuk makan sepuas-puasnya. Sekiranya mahu datang makan malam bersama keluarga, anda cuma perlu bayar RM18.50 sahaja untuk setiap kanak-kanak dalam lingkungan usia 6 sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang berusia lima tahun dan ke bawah, ia adalah percuma.

Apabila berbicara tentang steamboat best di Selangor, restoran di Puchong ini adalah salah satu kedai yang sering terlintas dalam minda penggemar makanan tersebut.

Satu perkara yang kami suka tentang semua makanan di restoran ini adalah ia menggunakan rempah ratus dan serbuk kering sepenuhnya. Dalam erti kata lain, kelazatan asli hidangan ini mampu membuat anda termimpi-mimpi kerana ia boleh terasa sehingga ke isi.

Anda boleh panggang dan masak steamboat pada masa yang sama. Untuk pengetahuan anda, terdapat 23 pilihan bahan-bahan yong tau fu yang ditawarkan di restoran ini untuk menepati cita rasa berbeza para pelanggan.

Sekiranya berkesempatan untuk berkunjung ke sini, anda wajib cuba kuah Kari Nyonya. Selepas makan kuah Kari Nyonya ini, kami faham kenapa ia menjadi igauan ramai.

Aromanya yang mampu membangkitkan selera dan rasa rempah serta berlemak kari ini ditambah pula dengan kesegaran makanan laut dan bahan-bahan lain memang mampu meletakkan senyuman pada muka anda. Sekali dah cuba, pastinya akan mahu lagi.

Bagi yang tidak minat kuah kari pula, terdapat dua pilihan sup lain iaitu ayam dan tomyam. Selain itu, anda boleh makan makanan yang telah dipanggang dan steamboat bersama sembilan jenis dipping sauce iaitu sos cili, mayonis, sos cili Thai, sos tomato, sos yong tau foo, sos BBQ, sos Asap, sos lada hitam dan Sambal Bomba.

Pada pendapat kami, ‘hantu’ makanan pedas memang wajib cuba Sambal Bomba. Sambal Bomba ini hanya boleh didapati di kedai makan ini sahaja.

Kepedasan Sambal Bomba ini memang tidak boleh bawa bincang tetapi ia mampu menawan hati para pelanggan pada suapan pertama. Jadi, untuk anda yang tidak boleh makan makanan pedas, ia merupakan pilihan yang lebih tepat untuk tidak makan Sambal Bomba tetapi keenakan sos tersebut tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ikan dory, kambing, daging lembu dan ayam yang diperap dengan empat perapan yang berbeza iaitu Naughty Hottie, Bombastic Bulgogi, Stay Sensotion serta Sweet Lovey ini ternyata mendapat tempat yang tinggi dalam hati para pelanggan. Anda boleh panggang makanan tersebut dan makan bersama sembilan jenis sos berkenaan.

Semua pelanggan akan dapat refill minuman dan makanan mereka tanpa had jadi jangan risau. Anda boleh makan sepuas-puasnya di sini.

Dalam pada itu, ada pilihan makanan lain untuk yang tidak meminati steamboat seperti nasi putih, sup tulang, kentang goreng dan nugget yang disediakan setiap masa. Untuk spageti dan nasi goreng, ia disediakan pada hari tertentu sahaja.

Selepas makan makanan pedas, anda pasti mahukan pencuci mulut. Selain menawarkan pelbagai pilihan makanan steamboat, pencuci mulut di restoran ini juga tidak kurang hebatnya.

Antara pencuci mulut yang ditawarkan di restoran ini adalah aiskrim, jeli, air batu campur dan bijirin. Selain kepelbagaian menu dan makanan yang enak, restoran ini cukup Instagram-worthy untuk anda yang gemar bergambar.

Asap Steamboat & Grill ialah lokasi terbaik jika anda ingin mengadakan sambutan hari jadi atau apa-apa sambutan sekali pun. Untuk yang berminat, anda boleh DM mereka di Instagram atau WhatsApp 013-485 8944 untuk membuat sebarang tempahan. Pihak restoran turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan melalui Lalamove dan Bungkusit.

Anda boleh follow TikTok @lejendigital kerana kami akan memuat naik pelbagai video menarik dari semasa ke semasa.

@lejendigital

Buat penggemar steamboat, masukkan port steamboat best dekat Puchong ni dalam senarai destinasi makan korang. Sure puas hati! #tempatmakan #steamboat

♬ DJ Remix 2020 – Zhafran_Maulana🇮🇩

Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (6 petang sehingga 12 tengah malam)

Instagram: www.instagram.com/asapsteamboatgrill

Facebook: www.facebook.com/asapsteamboatandgrill

TikTok: www.tiktok.com/@asapsteamboat

Twitter: www.twitter.com/asapsteamboat12

YouTube: www.youtube.com/channel/UCoJ_56tdrGEtDWKZEsXnDpQ

Nombor telefon:  013-485 8944

2. Komasen Steamboat and Grill

Untuk penggemar steamboat dan kambing perap, anda pasti akan suka Komasen Steamboat and Grill yang terletak di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.

Untuk yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Komasen Steamboat and Grill, anda wajib cuba kambing perap dan keju Mozzarella mereka. Sekali dah cuba, memang tidak akan pandang yang lain.

Kami percaya daging kambing telah diperap dengan rempah terpilih untuk masa yang lama kerana ia terasa sampai ke isi. Anda tidak perlu menjadi penggemar hidangan berasaskan kambing untuk mengetahui kelazatan makanan igauan ramai ini.

Selepas cuba kambing dan sup tomyam di restoran ini, kami faham kenapa ramai pelanggan memang akan selalu datang ke sini untuk menikmati hidangan-hidangan tersebut.

Rasa masam sup tomyam ditambah pula dengan pelbagai jenis hidangan yang ditawarkan di restoran ini mampu membangkitkan selera anda.

Walaupun baru sahaja makan 10 minit lalu, perut anda pasti akan berbunyi semula setiap kali menjamu selera di kedai makan tersebut. Bagi yang tidak suka makan tomyam, boleh sahaja ambil sup ayam. Dua-dua pun sedap.

Pada pendapat kami, keju Mozzarella yang ditawarkan di restoran ini merupakan satu kelainan berbanding tempat makan steamboat lain. Bukan sahaja ia cair dalam mulut, keju Mozzarella dan daging adalah kombinasi terbaik yang kami pernah rasa setakat ini.

Sementara itu, anda boleh add on 100 gram keju Mozzarella pada harga RM5 dan 200g untuk RM10. Anda juga tidak perlu membayar lebih untuk refill kerana ia percuma.

Untuk minuman pula, anda wajib cuba Blue Lagoon kerana ia tidak terlalu manis. Selepas makan makanan pedas, anda pasti mahukan sesuatu yang mampu membasahkan tekak. Oleh itu, kami percaya Blue Lagoon adalah minuman terbaik untuk dinikmati ketika cuaca panas.

Kepada semua penggemar minuman manis, kami sarankan anda pesan dua gelas siap-siap kerana air ini mampu hilang dalam sekelip mata. Menarik bukan? Terdapat aiskrim yang anda dapat makan untuk menyejukkan tekak sekiranya hidangan yang ditawarkan terlampau pedas.

Blue Lagoon- RM7

Dalam pada itu, harga bagi setiap orang dewasa ialah RM32 setiap seorang sekiranya membayar dengan tunai dan RM30 untuk pembayaran menggunakan kad debit atau kredit. Warga emas perlu membayar RM20 manakala kanak-kanak adalah RM15 setiap seorang.

Untuk tempahan, anda boleh WhatsApp 011-5963 4636.

Alamat: Jalan Kampung Sekamat, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Jumaat-Rabu (6 petang sehingga 11 malam)

Instagram: www.instagram.com/komasen_sg_sekamat/

Facebook: www.facebook.com/Komasen-Steamboat-And-Grill/

Nombor telefon: 011-5963 4636

3. Monster Planet Grill & Steamboat

Sumber: Instagram @monsterplanetshahalam

Anda tidak perlukan duit yang banyak untuk menikmati makanan bufet. Dengan hanya RM20, Monster Planet Grill & Steamboat menawarkan pelbagai hidangan yang mampu membuat perut anda kenyang seminggu seperti udang, kambing, daging dan sotong.

Selain itu, anda akan makan steamboat ini bersama sup tomyam udang mereka. Kesegaran bahan-bahan yang digunakan ditambah pula dengan rasa masam dan pedas tomyam udang ini pasti akan membuatkan anda datang lagi.

Sumber: Instagram @monsterplanetshahalam

Jika anda ingin membuat apa-apa sambutan sekali pun, boleh WhatsApp 011-1252 7124 untuk tempahan.

Alamat: LOT 3662-B, Jalan Besar Bukit Lanchong, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (5 petang sehingga 12 tengah malam)

Instagram: www.instagram.com/monsterplanetshahalam/

Facebook: www.facebook.com/Monster-Planet-Grill-Steamboat/

Nombor telefon: 011-1252 7124

4. Capsicum Steamboat Seksyen 7

Sumber: Cari

Tidak lengkaplah senarai steamboat best di Selangor tanpa Capsicum Steamboat. Dengan hanya RM25, anda boleh menikmati steamboat yang dilengkapi pelbagai makanan enak bersama seisi keluarga.

Sumber: Instagram @capsicum.sng

Semua penggemar hidangan berasaskan kambing wajib datang ke Capsicum Steamboat Seksyen 7 kerana kambing bakar mereka memang sungguh sedap sehingga ia menjadi igauan ramai.

Namun, apa yang menarik adalah kambing bakar di kedai makan ini langsung tidak mempunyai bau hamis. Anda yang bukan penggemar kambing pun pasti akan jatuh cinta dengan hidangan ini pada suapan pertama.

Kepada yang tidak meminati hidangan kambing, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak lagi pilihan lain seperti ikan dory, ayam, kupang dan lala.

Apa-apa pun, anda wajib cuba Capsicum Steamboat Seksyen 7 kerana rata-rata pelanggan yang meninggalkan premis tersebut bukan sahaja pulang dengan hati gembira tetapi akan datang lagi bersama yang tersayang.

Anda boleh WhatsApp 018-265 5224 untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Sekiranya tidak berkesempatan untuk datang ke kedai, pihak restoran ada menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan melalui aplikasi Foodpanda.

Alamat: 24-G-B, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa- Ahad (6 petang sehingga 10 malam)

Instagram: www.instagram.com/capsicum.sng/

Facebook: www.facebook.com/capsicumsng/

Nombor telefon: 018-265 5224

5. Family’SS Steamboat and Grill

Sumber: Instagram @familysssteamboatandgrill

Anda akan dapat set barbeku dan steamboat yang lengkap untuk harga RM25.90 sahaja bagi setiap orang dewasa dan RM15.90 bagi setiap kanak-kanak.

Di Family’SS Steamboat and Grill, anda akan dapat menikmati pelbagai makanan seperti bebola ikan, sayur-sayuran, daging perap dan makanan laut.

Selain itu, anda turut disajikan dengan pelbagai pencuci mulut yang menarik untuk dimakan bersama-sama hidangan utama. Untuk anda yang tinggal di kawasan berdekatan, boleh membuat pesanan melalui Foodpanda. Untuk sebarang tempahan, anda boleh hubungi 018-987 7718.

Alamat: No 6-G, Block 2, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana, Taman Nirwana, Ampang 68000, KL

Waktu operasi: Isnin- Ahad (2 petang sehingga 12 tengah malam)

Instagram: www.instagram.com/familysssteamboatandgrill/

Facebook: www.facebook.com/FamilySSsteamboatGrill

Nombor telefon: 018-987 7718

Jadi, kedai mana satu yang anda bercadang untuk pergi?

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan tempat makan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca