5 Serum Dan Foundation Terbaik Untuk Kulit Wajah, No. 2 Pilihan Ramai

Pemilihan produk penjagaan kulit dan kosmetik seperti serum dan foundation memainkan peranan penting bagi setiap wanita yang mengimpikan kulit wajah yang flawless dan glowing. Ramai wanita yang masih tidak tahu cara untuk memilih serum dan foundation yang terbaik dan sesuai untuk kulit wajah mereka.

Serum adalah sejenis cecair yang mengandungi bahan molekul aktif seperti vitamin, retinol, zat anti penuaan, peptida, asam kojic dan antioksidan. Disebabkan ianya dalam bentuk cecair, kadar penyerapan serum ini lebih tinggi berbanding moisturiser.

Ini antara 5 senarai serum terbaik untuk kulit wajah yang wajib ada dalam beg anda!

  1. Serum La Roche Posay Effaclar Anti-Acne

Serum ini direka khas untuk merawat pori yang tersumbat dan tona kulit yang tidak sekata. Kombinasi 3 jenis peeling acid iaitu salicylic acid, glycolic acid & LHA di dalam serum ini berfungsi untuk merawat dan menghilangkan bekas jerawat, whiteheads, blackheads, dan parut-parut di wajah.

Selain itu, bahan seperti Niacinamide juga dapat memperbaiki lapisan permukaan kulit, mengurangkan kesan pori dan mencerahkan bintik gelap.

  1. Dnars Repairing Serum

Rumusan terbaru produk keluaran Dnars ini menggabungkan formulasi niacinamide, hyaluronic acid dan salicylic acid dan lain-lain yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah jerawat, melembabkan kulit wajah dari lapisan luaran dan dalaman.

Bahan yang digunakan dapat membantu untuk menyegarkan kulit, memperbaiki struktur kulit, mencerah dan meratakan tona kulit. 

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam serum ini pula dapat melindungi sel kulit dari kotoran dan membantu mencegah bintik-bintik hitam pada wajah.

Teksturnya yang cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang sensitif kerana bahan yang digunakan bersifat anti-iritasi dan rengsaan.

Dnars Repairing Serum ini juga merangkumi pelbagai jenis bahan yang berkesan dalam mengawal penghasilan minyak pada wajah serta dapat menyegarkan dan melembutkan kulit wajah. Ia sangat sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit.

Serum keluaran tempatan ini juga semakin mendapat perhatian daripada warga netizen. Rata-rata mereka sangat selesa menggunakan produk ini kerana ia sangat berkesan. Ini antara komen pengguna mengenai Dnars Repairing Serum:

@mijamiejoo

Chendana Home Cafe Titiwangsa, makanan dia sedap & cafe dia aesthetic sangat! . . Korang kalau nak beli glowing foundation & serum dnars boleh tekan je kat beg kuning 🫶🏻 #dnarsselamanya #dnarsserum #dnarsglowingfoundation #chendanahomecafe #makanmakantiktok

♬ original sound – Mija – Mija
  1. Eucerin ProAcne Solution Super Serum

Serum Pro-Acne daripada Eucerin ini dapat memberi hidrasi pada kulit serta dapat membantu menghilangkan masalah jerawat dengan pantas. 

Selain itu dapat memperbaiki struktur kulit dengan menyingkirkan sel kulit mati sekaligus dapat melembabkan permukaan kulit. Ini kerana bahannya dapat bertindak untuk mengembalikan kesihatan kulit dan menjadikan kulit yang lebih berseri.

Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid. Bahan-bahan ini dapat menyerap ke lapisan kulit wajah untuk menghalang pembentukan jerawat.

  1. Wardah C-Defense Serum

Wardah Kosmetik adalah penjagaan kulit wajah yang dikeluarkan di Malaysia yang halal. 

Serum Wardah C-Defence ini sangat sesuai untuk anda yang berkulit normal, berjerawat dan berminyak. Ia membantu menghalang radikal bebas dan kotoran sekaligus mengelakkan pertumbuhan jerawat baru.

  1. Safi Rania Gold Serum

Serum keluaran jenama terkenal Safi ini mengandungi Nano Gold. Ia mempunyai antioksidan dan anti-radang untuk memastikan sel kulit dalam keadaan sihat.

Kandungan Safi Serum ini mengandungi Beetox iaitu hasil campuran madu asli, propolis dan bisa dari lebah yang berfungsi untuk mengurangkan kedut di wajah, meningkatkan kadar pengeluaran kolagen, menyegarkan kulit, memperbaiki struktur kulit, mencerah dan meratakan tona kulit sekaligus dapat menjadikan wajah anda kekal awet muda.

Selain itu, serum ini dapat membersihkan liang-liang pori serta dapat mengekalkan kelembapan kulit.

Menggunakan produk penjagaan kulit semata-mata tidak cukup untuk menjadikan kulit nampak lebih berseri. Ini kerana ia bergantung kepada jenis kulit individu, produk dan bahan yang digunakan serta cara penjagaan yang betul.

Untuk tampil lebih berseri, anda digalakkan untuk mengetahui serba sedikit mengenai asas makeup iaitu dengan menggunakan foundation pada wajah.

Foundation merupakan antara bahan makeup asas yang penting untuk menutup cela pada wajah. Ia juga digunakan sebagai bedak asas mengikut kesesuaian kulit masing-masing.

Sekiranya anda tidak tahu untuk memilih foundation yang terbaik untuk anda, ini antara 5 jenama foundation yang menjadi pilihan ramai.

  1. Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation

Foundation keluaran Maybelline ini merupakan antara jenama yang digemari ramai dan berkesan untuk digunakan.

Ia mempunyai bahan seperti micro powder yang membuatkan foundation ini tidak kelihatan berminyak apabila digunakan pada kulit wajah. 

Formula non-comedogenic yang terdapat di dalam produk ini tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat walaupun mampu menutup liang pori. 

Foundation yang mempunyai 19 warna pilihan ini menjanjikan kemasan serbuk matte bagi mendapatkan rupa kulit yang lebih cantik dan licin. Ia sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit sama ada normal atau berminyak.

  1. Dnars Glowing Foundation

Glowing Foundation ini merupakan produk keluaran Dnars Skincare. Produk ini dilengkapi dengan SPF 50 yang bertindak untuk melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat sinaran radiasi ultraviolet (UV) serta melembabkan kulit.

Selain dapat membantu menutup kesan cela seperti parut, jerawat, bintik hitam dan jeragat, ia juga menyerlahkan tona menjadi lebih sekata dan berseri.

Antara keistimewaan yang lain adalah ia dapat mengelakkan kulit daripada berminyak serta tidak melekit dan mampu bertahan selama 10 jam. Foundation ini dikeluarkan hanya dalam 1 pilihan warna kerana ia boleh mengikut warna kulit pada wajah apabila dipakai.

Sama seperti jenama terkemuka yang lain, Dnars Glowing Foundation juga tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat malah boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.

Menurut komen pengguna, mereka menggemari foundation ini kerana teksturnya yang nipis kerana dan membuatkan mereka nampak lebih cerah, natural dan cantik.

@dyaromantikalife

BIASALAH KALAU DAH MASUK 30AN & BERANAK PINAK NI, masa tulah keluar pelbagai macam masalah dari hujung rambut ke hujung kepala.. Benda wajib dan patut sedar diri sekarang, yang Momy wajib pakai adalah skin care routine dan solekan yang nipis.. Haruslah jaga semua sekali gus gitu… 😅🤣😂 #dyaromantikalife #dyaromantikareview #ellando #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #hebatdnars

♬ Aesthetic – Gaspar
  1. Simplysiti Liquid Foundation

Simplysiti merupakan antara jenama keluaran Malaysia yang tidak asing lagi. 

Kandungan yang terdapat dalam foundation ini tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Manakala, kesan dari radiant complex ini dapat membuatkan kulit wajah nampak lebih dewy, fresh dan natural.

Produk ini juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV kerana mengandungi SPF 25 serta dapat melicinkan kulit wajah.

  1. Revlon ColorStay Skin Foundation

Foundation ini dihasilkan khas untuk mengawal minyak pada kulit wajah dan menjadikan kulit bebas minyak hingga 24 jam. Ia juga mempunyai 22 jenis pilihan tona warna.

Mempunyai technology release time yang terdapat dalam produk ini dapat mengekalkan kesegaran pada kulit dan membuatkan wajah nampak lebih bersinar terutamanya bagi kulit wajah kombinasi dan berminyak.

Teksturnya ringan, mudah diratakan pada kulit dan tidak bercapuk. Foundation ini mampu menutup cela pada wajah tanpa memakai bedak.

  1. Nars Foundation

Nars Foundation sangat terkenal sebagai foundation yang terbaik untuk bakal-bakal pengantin yang mengambil servis makeup.

Tekstur kulit akan nampak lebih licin, flawless dan putih tanpa kelihatan bercapuk. Ia dapat mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Produk Pilihan Ramai

Topik penjagaan kulit dan kecantikan sememangnya sudah tidak asing lagi buat para wanita di Malaysia. Semakin banyak produk-produk keluaran tempatan yang sudah mula mendominasi industri ini seterusnya meletakkan jenama mereka setaraf dengan jenama-jenama antarabangsa.

Seperti Simplysiti dan Wardah Kosmetik, Dnars Skincare juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan produk penjagaan kulit formulasi mereka tersendiri. Dnars Repairing Serum dan Glowing Foundation terbaru mereka sudah mula mendapat perhatian ramai dan banyak respon positif diterima daripada pengguna.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari website atau media sosial mereka.

Nombor Telefon: 019-4859741

Instagram: dnarskincare

Facebook: Dnars Skincare Hq

Website: https://www.dnarsmalaysia.com

Sekiranya anda ingin tampil cantik dan berseri, anda boleh mencuba sendiri produk serum dan foundation yang terbaik yang kami senaraikan.

Artikel Lain Untuk Di Baca