5 Seni Bina Bangunan Yang Pelik Dan Unik Di Dunia

Kebiasaan penciptaan bangunan dibina secara menegak atau rata kedudukannya, namun begitu, terdapat beberapa arkitek yang mencuba perkara baru dengan seolah-olah mencabar hukum fizik secara melawan undang-undang graviti universal Newton.

Berikut kami kongsikan lima seni bina bangunan yang dianggap pelik dan unik binaannya:

1.Heydar Aliyev Centre

Sumber: Zaha Hadid Architects

Pusat Heydar Aliyev adalah kompleks bangunan seluas 57.500 meter dan 619.000 kaki persegi di Baku, Azerbaijan yang direka oleh arkitek Iraq-Britain, Zaha Hadid. Zaha sememangnya terkenal dengan seni bina gaya melengkung yang mengalir menghindari sudut tajam.

2. Solo House

Sumber: iGNANT

Lokasi bangunan ini terletak di Matarrana, Sepanyol merupakan seni bina berbentuk piramid terbalik yang direka di tengah-tengah hutan. Ianya direka oleh Firma Seni Bina Takei Nabeshima Architects yang menerapkan konsep seni bina moden terhadap alam semulajadi.

3. NORD/LB Bank

Sumber: Bloomberg

The Norddeutsche Landesbank Girozentrale adalah Jerman Landesbank dan merupakan salah satu bank komersil terbesar di Jerman. Ia merupakan syarikat awam yang dimiliki oleh negeri-negeri persekutuan Lower Saxony dan Saxony-Anhalt di mana ibu pejabatnya terletak di Hanover manakala cawangannya berada di Braunschweig dan Magdeburg. 

4. Takasugi-an 

Sumber: Architect In Development

Takasugi-an bermaksud ‘rumah teh yang dibina terlalu tinggi’ merupakan seni binaan arkitek Terunobu Fujimori yang terletak di Chino, Nagano Prefecture, Jepun. Rumah teh ini telah dibina di atas dua pokok berangan yang dipotong dari gunung berdekatan yang kemudiannya diangkut ke lokasi. Rumah ini hanya boleh dinaiki dengan menggunakan tangga yang disandarkan di salah satu pokok tersebut.

5. Museum of Tomorrow

Sumber: Hisour

The Museum of Tomorrow yang terkenal dengan nama Museu do Amanha oleh penduduk tempatan merupakan sebuah muzium sains di bandar Rio de Janeiro, Brazil. Ianya direka oleh arkitek Neofuturistik Sepanyol Santiago Calatrava dan dibina di tepi laut di Pier Maua. Pembinaannya disokong oleh Yayasan Roberto Marinho dan menelan belanja sekitar 230 juta. Bangunan ini dirasmikan dan dibuka kepada umum pada 17 Disember 2015.

Penulis:

  • Juliatul Amira Binti Mohamad Joni adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca