5 Sekolah Paling Berhantu Dan Simpan 1,001 Kisah Mistik Di Malaysia

Segelintir masyarakat kita masih lagi tidak percaya akan kewujudan makhluk halus dan menganggap perkara ini adalah karut semata-mata. Kewujudan mahkluk halus tidak seharusnya dipertikaikan kerana mereka benar-benar wujud. Terdapat beberapa sekolah di Malaysia yang sering dikaitkan dengan makhluk halus.

1. Penang Free School

Penang Free School merupakan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Church, Pulau Pinang. Ia merupakan sekolah pertama di Malaysia yang didirikan pada 20 oktober 1816. Sekolah ini dipercayai merupakan sekolah yang berhantu kerana pada setiap malam, penduduk akan mendengar bunyi yang pelik dan melihat lampu yang berkelip-kelip.

Malah, ada juga yang mendengar jeritan seorang perempuan yang dipercayai merupakan suara roh wanita yang diseksa dan dipenjarakan di sekolah tersebut pada zaman penjajahan British.

2. SMK Serian, Sarawak

Pada tahun 2008, seramai 70 pelajar diserang histeria sehinggakan sekolah itu terpaksa ditutup untuk sementara waktu. Seorang bekas pelajar yang mengalami histeria menceritakan bahawa pada waktu itu, fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri.

3. SMJK Chung Ling, Pulau Pinang

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1923 dan diambil alih oleh angkatan tentera British untuk dijadikan sebuah hospital tentera pada tahun 1941. Selepas tercetusnya Perang Dunia Ke-2, berlakunya tragedi pembuhuhan beramai-ramai menjadikan beberapa orang guru dan pelajar turut dibunuh. Jadi, tidak hairanlah jika sekolah tersebut dipercayai berhantu.

4. Institut St. Michael, Ipoh

Sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka pada zaman perang dunia kedua dahulu. Pada ketika itu, aktiviti penyeksaan terhadap tawanan perang telah dijalankan di sekolah ini oleh tentera Jepun. Terdapat banyak terowong yang dibina untuk tujuan penyeksaan dan penyimpanan makanan.

Gereja kecil yang terletak di sekolah ini dikatakan sebagai kawasan yang paling berhantu di mana kelihatan seorang mubaligh Kristian berjubah hitam tanpa kepala sering duduk berdoa menghadap pintu pada waktu pagi.

5. SMJK Confucian, Kuala Lumpur

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1897. Sekolah ini juga merupakan penempatan untuk tentera Jepun pada Perang Dunia Ke-2. Terdapat roh-roh jahat berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam dan ada juga penampakan dan bunyi tentera Jepun yang sedang berkawad.

Setiap tempat pastinya menyimpan seribu satu sejarah. Jadi, pernahkah anda semua alami apa-apa gangguan di tempat-tempat yang disenaraikan di atas?

Penulis

  • Siti Khatijah Fauzi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca