Search
Close this search box.

5 Sebab Kenapa Kebanyakan Kapal Terbang Berwarna Putih

Kalau anda perasan, kebanyakan kapal terbang biasanya mesti berwarna putih. Jarang sekali kita lihat keseluruhan badan pesawat yang berwarna kuning, merah dan lain-lain. Tahu tak kenapa kebanyakan badan pesawat dicat dengan warna putih?

Secara amnya, ada beberapa pesawat yang mempunyai garis-garis dan dekorasi warna yang berbeza, tetapi “base colour” nya adalah warna putih. Ini sebab kenapa kebanyakan kapal terbang dicat dengan warna putih.

1. Pemantul Haba

Warna putih merupakan satu pemantul cahaya yang terbaik. Hal ini kerana, ia juga mampu mengelakkan pembinaan haba dalam kapal terbang. Warna-warna lain berkemungkinan akan menyerap cahaya, menghasilkan haba dan memanaskan badan kapal terbang.

Selain bagus di awan biru, warna putih ini juga membantu kapal terbang semasa berada di landasan apabila cuaca sedang panas terik. Ia akan mengambil masa yang sekejap sahaja untuk menyejukkan enjin berbanding kapal terbang berwarna lain.

2. Mudah Untuk Melihat Kesan Retak

Jurutera pesawat akan selalu memeriksa badan pesawat secara berkala untuk mengesan kecacatan atau keretakan pada badan pesawat. Warna putih mampu memudahkan mereka untuk mengesan kerosakan di badan pesawat dengan lebih jelas jika dibandingkan dengan warna lain.

Selain itu, warna putih pada badan pesawat lebih mudah dilihat apabila terjadi kecelakaan, terutamanya pada waktu malam.

3. Menghindari Kemalangan

Menurut satu kajian yang dibuat oleh penyelidik dari Purdue University, fiuslaj (badan kapal) yang berwarna putih mampu mengelakkan pertembungan dengan kawanan burung. Ini kerana dalam situasi panas atau mendung, burung dengan pigmen penglihatan sensitif violet (VS) dan ultraviolet (UVS) akan dapat mengesan warna putih yang kontras secara kromatik berbanding warna lain seperti biru.

Selain itu, sekiranya berlaku kemalangan di tengah laut atau di landasan pada waktu malam atau dalam keadaan gelap, warna kapal terbang dapat dilihat dengan jelas.

4. Warna Putih Tidak Cepat Pudar

Salah satu sebab badan pesawat berwarna putih adalah kerana kehebatan warnanya itu sendiri. Badan pesawat yang berwarna putih tidak akan menjadi pudar, manakala pesawat yang berwarna lain akan mudah menjadi pudar sehingga perlu mengeluarkan modal tambahan untuk mengecat semula badan pesawat tersebut. Kapal terbang berwarna putih tidak akan mudah pudar walaupun berada lama di atas udara.

5. Harga Kapal Terbang Akan Jatuh Sekiranya Dicat Dengan Warna Lain

Syarikat penerbangan sebolehnya akan mengeluarkan belanja yang minima untuk membeli kapal terbang. Harga kapal terbang yang berwarna adalah rendah jika dibandingkan dengan pesawat yang berwarna putih.

Sekarang anda dah tahu kenapa kapal terbang berwarna putih. Lepas ni bolehlah eksyen sikit cerita dekat kawan-kawan travel buddies anda sebelum boarding kapal terbang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca