Rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia, dan di zaman serba mencabar ini tak semua orang mampu beli rumah mewah sendiri bukan tak ramai, tetapi memang sangat-sangat kurang. Namun, semakin bertambah hari, harga rumah akan menjadi semakin mahal. Berbanding dengan 30 tahun dahulu, harga rumah pada hari ini melonjak dengan begitu tinggi.
Lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan dan mempunyai kemudahan awam. Dan seperti biasa kawasan elit di seluruh Malaysia menjadi tempat di mana rumah bernilai jutaan ringgit. Di bawah merupakan antara rumah yang pernah dijual di Malaysia yang sememangnya mahal dan mewah. Antaranya adalah:
1. Banglo Pulau Tikus, Pulau Pinang – RM14.5 juta
Jalan Utama adalah jalan yang terletak di pinggir bandar kelas atasan, di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Kisah kawasan ini mendapat nama adalah daripada bukit pasir dan batu yang menyerupai tikus ketika air surut dahulu.
Orang-orang Eurasia adalah yang pertama mendiami kawasan ini selepas ditubuhkan pada tahun 1786, setelah melarikan diri dari Siam untuk mengelakkan daripada penganiayaan yang dialami. Banglo di Jalan Utama adalah rumah yang paling mahal pernah dijual di Malaysia dengan harga RM14.5 juta
Kredit: iproperty
2. Banglo Tanjung Tokong, Pulau Pinang – RM13.6 juta
Banglo ini terletak di Tanjung Tokong, Jalan Bunga Hinai. Ia adalah sebuah jalan sempit dengan panjang kira-kira 220 meter, dikelilingi oleh banglo, kondominium dan kehijauan alam semula jadi.
Bagi mereka yang suka rumah gaya retro (kira-kira tahun 1960-an hingga 1970-an), terdapat beberapa buah seperti ini di kawasan tersebut.
3. Banglo Bukit Tunku, Kuala Lumpur – RM12.6 juta
Dahulunya dikenali sebagai Kenny Hill, Bukit Tunku adalah kawasan kediaman elit yang berbukit di Kuala Lumpur. Ramai tokoh-tokoh terkenal tinggal di kawasan ini. Tempat ini dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, yang juga pernah tinggal di kawasan ini.
4. Kondominium Serai Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur – RM12.1 juta
Kondominium ini terletak di Jalan Medang Serai, Bangsar. Kondominium Serai Bukit Bandaraya ini mempunyai 21 tingkat serta memuatkan 121 unit rumah dengan pemandangan sekitar yang tersangat indah. Harga purata setiap kaki persegi untuk kondominium di Bangsar adalah RM815, dan seunit kondominium ini terjual dengan harga RM12.1 juta sekaligus menjadi kondominium termahal di Malaysia.
5. Banglo Bukit Damansara – RM12 juta
Damansara Heights atau Bukit Damansara dianggap sebagai salah satu tempat yang paling dicari di Malaysia. Di samping itu, kebanyakan pemilik di kawasan ini merupakan ahli perniagaan. Pada tahun 2017, Damansara Heights telah disenaraikan di antara 10 kawasan kejiranan paling hebat di dunia oleh Lonely Planet. Setiap kaki persegi banglo di Bukit Damansara berharga purata RM652.
Untuk pengetahuan anda juga, antara rumah yang paling mahal dan menjadi kontroversi di Malaysia adalah rumah Dato Alif Syukri yang dikhabarkan menelan kos RM20 juta.
Sumber: ILUMINASI