5 Restoran Ini Jaga Jarak Sosial Guna Kaedah Unik

Memandangkan negara Malaysia kini telah membenarkan rakyat untuk makan di restoran, operasi sektor penting ini perlu memastikan mereka melakukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul.

Beberapa negara juga telah melaksanakan perintah yang sama, sehubungan dengan itu mereka membuka kedai dengan cara yang unik untuk kelangsungan ekonomi di restoran mereka.

Berikut merupakan kaedah unik yang dilaksanakan di restoran beberapa negara:

1. Restoran Fish Tales Bar & Grill di Ocean City, Maryland

Restoran tepi air ini menyediakan meja berbentuk bulat bagi mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya.

Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggan mengekalkan jarak sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan.

Meja itu juga mempunyai empat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan.

2. Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand

Buat penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran Perintah Berkurung dilaksanakan.

Bukan sekadar meletakkan penghadang plastik untuk memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, malah restoran itu meletakkan syarat untuk mereka duduk secara bersilang bagi memaksimumkan jarak.

Kaedah menggunakan penghadang plastik ini juga boleh dilihat dilaksanakan di negara China dan Taiwan.

3. Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam

Merupakan sebuah restoran Belandar tepi air di Amsterdam yang menyediakan ruang seperti rumah kecil dikenali sebagai ‘rumah hijau kuarantin’.

Rumah kecil itu dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air.

Selain itu, para pelayan juga akan memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, dan pelitup muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja.

4. Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok Thailand

Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok ini bertindak kreatif apabila menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan.

Kedai ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan secawan kopi kepada pelanggan dalam jarak satu meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.

5. Restoran makanan segera, McDonald’s

McDonald’s juga difahamkan beroperasi dalam normal baharu, seperti di Taiwan dimana cawangan di situ memastikan pelanggan mereka merekod nama, nombor telefon dan angka suhu di premis berkenaan.

Mereka juga mewajibkan pekerja memakai pelitup muka dan perlu merekod suhu pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.

Di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan sebelum mengambil pesanan di kaunter.

Pelaksanaan SOP setiap restoran mungkin berbeza di seluruh negara namun demi memastikan penjarakan sosial dan membendung COVID-19 daripada berlaku ianya perlu dilaksanakan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan penjarakan sosial, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca