5 Rawatan Spa Yang Paling Pelik Di Dunia

Keinginan untuk kelihatan cantik adalah lumrah kehidupan manusia. Mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu wang untuk sentiasa kelihatan cantik dan muda. Ada sesetegah mereka pula sanggup melakukan perkara yang lebih pelik. Ini adalah lima rawatan spa yang paling pelik di seluruh dunia.

1. Rawatan muka siput

Dikatakan lendir siput memberi banyak manfaat dalam dunia kesihatan. Ia dapat mengurangkan bekas jerawat, mencegah penuaan dan juga membaiki kerosakan rambut. Terdapat sebuah spa di Jepun yang menyediakan rawatan muka siput dengan harga sekitar $100.

Dengan pemantauan daripada pakar terapi, beberapa ekor siput akan berjalan di atas muka anda dan meninggalkan kesan lendir di mana ia mengandungi bahan-bahan antioksidan yang mampu meremajakan kulit wajah ada.

2. Urutan ular

Sumber: anakmama89.blogspot.com

Urutan ular ini digunakan bagi orang yang mempunyai masalah sakit otot dan lenguh badan. Di Utara Israel, Spa Ada Barak menyediakan urutan ular di seluruh badan seperti di muka, badan dan kaki. Dengan harga $80 per sesi, anda boleh menikmati urutan daripada sedozen ular yang tidak berbisa.

Menurut seorang pelanggan, urutan ular ini dapat membantu melegakan otot-otot yang sakit dan migrain. Tambahan lagi, wartawan daripada majalah TIME berkata, kemungkinan ular tersebut akan memuntahkan separuh bangkai tikus di atas badan anda.

3. Urutan batu permata

Kebiasaannya batu permata hanya digunakan sebagai barang perhiasan tetapi tidak di The Spa di New York. Mereka menyediakan urutan mewah menggunakan batu permata seperti berlian, zamrud dan batu delima serta ditambah dengan minyak urutan khas.

Urutan ini dikatakan dapat mengimbangkan tenaga dalaman dan membersihkan segala kotoran yang ada di badan. Urutan ini dilakukan selama 90 minit dan mempunyai dua harga berbeza mengikut hari iaitu pada hari bekerja dikenakan caj sebanyak $295 manakala pada hari minggu caj yang dikenakan adalah $395.

4. Rawatan muka najis burung

Spa Shizuka New York telah memperkenalkan rawatan wajah menggunakan najis burung. Najis burung yang digunakan adalah daripada burung bulbul atau nightingale kerana spesis burung ini hanya memakan bijiran yang menghasilkan enzim semula jadi sebagai bahan aktifnya.

Untuk pengetahuan anda, rawatan ini telah digunakan sejak tahun 1600-an oleh pelakon atau geisha dari Jepun. Rawatan ini bermula dengan proses stim bagi membuka liang dan melembutkan kulit. Seterusnya, campuran antara najis burung tersebut dengan beras disapukan ke seluruh muka. Harga bagi rawatan ini adalah sebanyak $225 untuk sekali rawatan.

5. Berendam di dalam jerami lembap

Hotel Heubad telah menawarkan rawatan berendam di dalam jerami lembap yang juga dikenali sebagai Hay Bath. Ia dikatakan dapat membuang toksik, meningkatkan metabolisma dan sistem imunisasi diri anda. Rawatan ini dipercayai telah diamalkan sejak pada tahun 1909 di Italy.

Pada awal pagi, jerami lembap ini diambil dari Alpe yang terletak di Siusi, Italy kerana masih mempunyai kelembapan embun pada jeraminya. Ia dicampur dengan minyak yang dihasilkan daripada pelbagai jenis bunga.

Manakah rawatan pelik yang anda sanggup lakukan untuk kecantikan?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca