5 Rahsia Yang Industri Pelancongan Tak Mahu Traveller Tahu

Melancong memberi peluang untuk kita menerokai pelbagai khazanah alam termasuklah lokasi yang indah serta budaya setempat.

Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak disangka akan berlaku sewaktu kita berada jauh dari negara sendiri jika kita melancong ke luar negara.

Kali ini, kami berkongsi beberapa perkara yang disembunyikan oleh industri pelancongan.

1. Ejen pelancongan

Jika anda mahu melancong ke luar negara, lebih baik jika anda menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong dari negara yang anda ingin melancong.

Sebenarnya, khidmat ejen di negara yang dikunjungi lebih murah berbanding dengan ejen tempatan. Hal ini akan membantu anda menjimatkan perbelanjaan ketika melancong. Malah, mereka lebih arif tentang lokasi yang sesuai untuk dikunjungi.

2. Semak media sosial terlebih dahulu

Media sosial banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Sebelum anda melancong, lebih baik jika anda mencari terlebih dahulu hotel dan penerbangan serta membuat perbandingan harga. Hal ini kerana, ia dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan dapat menjimatkan masa anda berbanding mencari ketika melancong.

Antara akaun yang banyak memberi info mengenai pelancongan ialah The Expedia, JetBleu Cheeps, Trivago dan Kayak.

3. Hari untuk bertolak

Adakah anda tahu bahawa hari Selasa merupakan hari yang terbaik untuk terbang ke luar negara? Kebanyakan pakar pelancongan memberitahu bahawa hari Selasa merupakan hari yang bagus untuk anda melancong ke luar negara.

Pada hari Selasa, banyak syarikat penerbangan memberi harga tiket yang sangat murah berbanding hari biasa. Malah, anda berkemungkinan akan mendapat potongan harga sehingga 12% khususnya jika anda ingin melancong ke Eropah.

4. Tempahan online

Ramai beranggapan bahawa menempah secara online boleh menjimatkan wang anda. Tetapi menurut Money Saving Expert mendedahkan perkara yang sebaliknya. Mereka memberitahu terdapat banyak caj serta cukai yang sebenarnya tidak dipaparkan kepada pelanggan.

5. Pertukaran wang

Anda perlu membuat pertukaran wang asing lebih awal sebelum anda melancong ke luar negara. Jika anda melakukannya di lapangan terbang, kadar yang dikenakan mungkin akan lebih tinggi.

Kepada anda yang gemar melancong, anda harus meneliti lebih banyak perkara sebelum anda melancong ke luar negara supaya tidak berlaku perkara yang buruk.

Sumber: LoveExploring

Artikel Lain Untuk Di Baca