5 Pulau Kecil Dan Unik Yang Sebenarnya Didiami Manusia

Terdapat berjuta-juta pulau di dunia ini yang masih tidak diketahui ramai disebabkan oleh kawasannya yang tersembunyi mahupun mempunyai ciri unik yang pelik. Namun begitu, tidak kesemua pulau sesuai dijadikan kawasan pelancongan disebabkan saiznya yang agak terhad.

Berikut kami kongsikan lima pulau kecil yang unik tetapi mampu dihuni oleh manusia:

1.Pulau Just Enough Room, Amerika Syarikat

Sumber: Akurat

Pulau kecil ini terletak di kawasan kepulauan Thousand Islands, New York merupakan pulau terkecil di dunia yang sebenarnya berpenghuni di mana saiznya hanya sebesar 3,300 kaki. Pada awalnya pulau ini kosong tanpa binaan sebelum sebuah keluarga bangsawan bernama Sizeland membeli pulau tersebut pada tahun 1950-an dengan tujuan dijadikan lokasi percutian buat mereka.

Namun begitu, kepulauannya yang kecil beserta sebatang pokok yang ditanam di situ mula menarik perhatian pelancong untuk melawat kawasan mereka membuatkan kedamaian kawasan tersebut sedikit terganggu.

2. Pulau Simping, Indonesia

Sumber: Suara

Pulau Simping pada dahulunya dikenali sebagai Pulau Kelapa Dua oleh kerajaan Indonesia terletak di bahagian barat Kalimantan Indonesia. Sebuah jambatan telah dibina bagi menghubung antara Pulau Simping dan kawasan darat disebabkan oleh kedudukannya yang tidak jauh. Jambatan tersebut membolehkan ramai pengunjunng berjalan kaki ke pulau tersebut.

Difahamkan pulau ini telah dijadikan kawasan yang ditanam beberapa batang pokok malahan pelawat turut menjadikannya sebagai kawasan penyembahan kepercayaan untuk memohon mendapatkan nasib baik.

3. Pulau Dangar, Australia

Sumber: Iluminasi

Pada asalnya pulau ini dimiliki oleh penduduk asal Australia sebelum diambil alih oleh seorang pegawai kerajaan bernama Henry Cary Dangar sempena nama keluarganya pada tahun 1864. Dipercayai pengambil alihan tersebut terjadi diakibatkan oleh penyakit cacar yang terjadi dalam kalangan penduduk Australia membuatkan populasi mereka menurun.

Kehidupan di pulau ini dikatakan sedikit berbeza apabila mereka tidak membenarkan sebarang penggunaan kenderaan berenjin sekali gus mengakibatkan semua pelancong perlu berjalan kaki atau berbasikal untuk kemana-mana. Malahan kereta tolak adalah satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang yang tiba di jeti.

4. Pulau Tiber, Itali

Sumber: Depositphotos

Digelar dengan nama Isola Tiberina oleh penduduk tempatan, Pulau Tiber terletak di Rom, Itali. Dikatakan pada awalnya masyarakat di situ telah membina sebuah kuil bagi menyembah Dewa Helius yang dipercayai menjaga kesihatan manusia.

Penduduk Pulau Tiber kemudiannya menukarkan tapak tersebut kepada sebuah hospital pada abad ke 16 dengan pembukaan Hospital Fatebenefratelli serta sebuah gereja yang terletak tidak jauh di sebelahnya.

Seiring dengan teknologi moden kini telah mampu menghubungkan daratan dengan pulau tersebut melalui sebuah jambatan batu. Pulau yang hanya sebesar 270 panjang dan 67 meter lebar itu bagaimanapun hospitalnya masih beroperasi sehingga kini.

5. Pulau Bishop Rock, Britain

Sumber: Amusing Planet

Pulau ini hanya mempunyai panjang 46 meter dengan lebar 16 meter membuatkan ia menjadi pulau kedua terkecil selepas Pulau Just Enough Room. Menurut sejarah, Pulau Bishop Rock ini pernah dijadikan sebagai penjara untuk menghukum pesalah yang dihukum mati. Mereka akan ditinggalkan di pulau ini dengan sedikit bekalan roti sebelum dihanyutkan air.

Beberapa pelanggaran di antara bot dan pulau tersebut menyebabkan kerajaan Britain membina sebuah rumah api pada tahun 1847 sebelum dihanyutkan. Rumah api kedua siap dibina pada tahun 1858 memudahkan pelayar mengesan penduduknya.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca