5 Program Diploma Yang Menawarkan Peluang Pekerjaan Di IJN Group Dan Rakan Industri Lain

Acap kali kita didedahkan dengan kadar pengangguran di Malaysia yang semakin meningkat setiap tahun. Akibatnya, para graduan menjadi buntu dalam mencari peluang pekerjaan yang sesuai mengikut kelayakan bidang masing-masing.

Jika anda ingin mengelakkan daripada berada dalam situasi ini, IJN College sedia menawarkan lima program diploma dalam bidang sains kesihatan yang membolehkan anda mendapat peluang kerjaya di IJN Group dan rakan industri yang lain.

Anda tertanya-tanya apa kelainan dan kelebihan mendaftar di IJN College? Klik pada pautan ini untuk mengetahui sebab mengapa IJN College adalah pilihan terbaik untuk lepasan SPM sambung pengajian.

Tahukah anda, graduan dari institusi tinggi di Malaysia meningkat sebanyak melebihi lima peratus sejak tahun 2020?

Lambakan graduan ini mewujudkan saingan yang tinggi dalam industri dan kesannya, tahap pengangguran kini berada pada paras membimbangkan.

Disebabkan ini juga kita dapat perhatikan segelintir besar golongan belia meletakkan diri dalam kerjaya yang luar dari kelayakan bidang mereka.

IJN College mampu mendorong bakal siswazah ke arah matlamat kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang diceburi. Dengan mendaftar dalam mana-mana program diploma di kolej ini, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk memperoleh peluang pekerjaan di IJN Group dan rakan industri yang lain.

Sumber: GovServ

Seperti diketahui ramai, industri pekerjaan bukanlah suatu bidang yang boleh kita tempuh sewenang-wenangnya tanpa sebarang kemahiran asas. Dalam bidang sains kesihatan itu sendiri memerlukan fahaman dan teknik yang luas apabila berhadapan dengan situasi sebenar.

Atas sebab itu, IJN College turut menawarkan latihan percuma berserta sijil penyertaan untuk semua pelajar mereka. Latihan-latihan itu termasuk:

i. Basic life support

ii. Data science

iii. Digital marketing

iv. Entrepreneurship

v. Finishing school

vi. Professional communication

Latihan-latihan kemahiran ini adalah sangat berkualiti dan memberi nilai tambah kepada kesemua pelajar lepasan diploma di IJN College dengan pengetahuan dan skil yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kerjaya.

Daripada beribu-ribu graduan diploma di Malaysia, anda mampu menonjolkan diri melalui kelebihan ini dan seterusnya ditawarkan pekerjaan dalam bidang pilihan anda.

Berikut adalah lima program diploma di bawah IJN College berserta haluan kerjaya di IJN Group dan rakan industri yang lain mengikut kelayakan tertentu.

1. Diploma Psikologi

  • Bidang psikologi berada di bawah institusi sains sosial
  • Tempoh pengajian adalah selama dua tahun lapan bulan (8 semester)
  • Peluang pekerjaan di IJN Group dan rakan industri seperti: Psychology Assistant, Social Work Assistant, Research Assistant, Human Resource Development Personnel

2. Diploma Farmasi

  • Salah satu cabang utama dalam industri sains kesihatan
  • Tempoh pengajian adalah selama tiga tahun (6 semester)
  • Peluang kerjaya di IJN Group dan rakan industri meliputi: Pharmacy Assistant, Pharmacy Quality Assistant, Product Specialist

3. Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  • Tempoh pengajian adalah selama tiga tahun (6 semester)
  • Peluang pekerjaan di IJN Group dan rakan industri: Safety and Health Assistant, Health Supervisor / Junior Executive

4. Diploma Fisioterapi

  • Tempoh pengajian selama tiga tahun (6 semester)
  • Peluang menyertai IJN Group dan rakan industri sebagai: Assistant Physiotherapist at Hospital/Medical Centre, Assistant Physiotherapist at Rehabilitation Centre, Assistant Physiotherapist at Education and Research Centre, Assistant Physiotherapist at Physiotherapy Clinics and Mobile Assistant Physiotherapist

5. Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan

  • Tempoh pengajian selama tiga tahun (6 semester)
  • Peluang kerjaya di IJN Group dan rakan industri untuk berkhidmat di institusi seperti: Hospital, Public Health Department, Universities and Research Institutions

Untuk makluman, senarai program di atas hanya ditawarkan secara sepenuh masa (full time).

Kami juga pernah kongsikan sebelum ini mengenai tips-tips untuk memilih institusi pengajian tinggi yang sesuai. Anda bolek klik SINI untuk baca lebih lanjut.

Yuran pendaftaran IJN College

Yuran pendaftaran ialah RM1,000. Walau bagaimanapun, IJN College menawarkan Bantuan Pendidikan Tinggi sebanyak RM200 untuk membiayai yuran pendaftaran bagi setiap permohonan yang dibuat sehingga 30 Jun 2021.

Kepada yang berminat untuk mendaftar sebagai pelajar IJN College bagi sesi kemasukan Julai 2021, anda hanya perlu membayar RM800 untuk yuran pendaftaran. Pastinya ini satu tawaran yang sangat menarik dan pelaburan yang berbaloi untuk masa hadapan.

Cara daftar IJN College

Kepada individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelajar IJN College, anda boleh klik pada pautan ini. Pihak pengurusan IJN College akan menghubungi anda untuk proses permohonan dan pendaftaran dengan lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat di media sosial rasmi IJN College:

Laman sesawang rasmi: https://www.ijncollege.edu.my/

Facebook: www.facebook.com/IJN-College

Instagram: @ijncollege

Twitter: @IJNCollege

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca