5 Permainan Video Bertemakan ‘Survival’

Adakah anda sedang duduk di rumah dan patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi putuskan rangkaian wabak Coronavirus?

Jika begitu, syabas dan tahniah kami ucapkan.

Sekiranya anda berasa dah tak tahu nak buat apa sampai tahap duduk kira cicak di dinding sepanjang PKP ini, di bawah ini ada lima permainan video untuk anda ‘escape’ daripada bahaya seperti wabak, serangan musuh dan gangguan syaitan di alam siber:

1. The Last of Us

Sumber gambar: Tech Radar

Pada 20 tahun yang lalu, pandemik telah merubah peradaban dan banyak manusia yang terkena jangkitan. Para survivors saling berbunuhan untuk merebut makanan dan senjata atau apa saja yang membolehkan mereka untuk terus hidup. Joel, salah seorang daripadanya diupah untuk menyeludup keluar gadis sunti bernama Ellie dari pusat kuarantin kendalian tentera yang ganas.

2. BioShock

Sumber gambar: Game Star

Kapal terbang yang anda naiki tiba-tiba terhempas ke sebuah perairan yang tiada dalam peta. Di dalam laut itu, tersembunyi sebuah kota yang dihuni oleh mayat hidup di mana genetik warga kota itu telah mengalami mutasi. Berbekalkan senjata yang terdiri daripada gel ionic, bahan letupan dan toksin, anda akan meneroka dunia yang dikawal oleh A.I. Ekologi ini.

3. Persona 5

Sumber gambar: Reddit

Berlatarkan kehidupan moden di Jepun, sekumpulan remaja membahagikan masa kehidupan mereka sebagai pelajar normal dan penyelamat dunia. Pada siang hari, mereka melakukan aktiviti biasa yang kita tidak boleh lakukan sekarang ini seperti bersiar-siar di taman, membaca buku dalam tren dan makan-makan bersama kawan-kawan. Pada sebelah malam pula mereka merangkak menerusi kurungan bawah tanah untuk melawan kejahatan.

4. Visage

Sumber gambar: ABCD Gamer

Visage merupakan game seram psikologi. Berlatarkan era 1980-an, pemain terkurung di dalam sebuah rumah besar berhantu yang pernah dihuni oleh satu keluarga mati dibunuh. Dwayne Anderson (protagonis) akan meneroka rumah bersejarah dan misteri untuk mencari kebenaran sambil dikacau hantu seperti pintu-pintu terkunci sendiri, lampu terbuka-tertutup-terbuka dan aktiviti paranormal lain.

5. Dying Light

Sumber gambar: CG Magazine

Anda akan memainkan peranan sebagai agen pengintip yang ditugaskan untuk menyusup masuk ke bandar Harran yang menjadi pusat kuarantin zombie. Zombie tersebut boleh bermutasi menjadi super zombie dan menjadi lebih agresif. Pemain boleh melakukan aksi parkour, bagi tendangan maut dan bergerak dari satu tempat ke tempat dengan cepat bagi menentang musuh.

Lagi artikel menarik yang boleh dibaca sempena PKP dan COVID-19:

Artikel Lain Untuk Di Baca