5 Permainan Google Doodle Terbaik Yang Patut Anda Cuba

Tahukah anda sebenarnya logo Google Doodle boleh ditekan dan ada permainan tersembunyi yang boleh anda main. Anda boleh bermain permainan Google Doodle ini sama ada menggunakan telefon pintar atau di komputer. Kemungkinan versi yang lama hanya boleh dimain di komputer. Kami akan kongsikan 5 permainan Google Doodle terbaik yang patut anda cuba sekarang.

1. Halloween 2018

Permainan Google Doodle yang bertemakan Halloween ini mendapat tempat yang pertama disebabkan keunikannya. Kali ini, Google telah membuat satu pembaharuan di mana anda boleh bermain bersama rakan-rakan yang lain.

Permainan ini mempunyai dua kumpulan iaitu kumpulan hijau dan ungu. Pemilihan kumpulan dan karakter yang dipilih secara rawak. Cara untuk bermain permainan ini ialah anda perlu mengumpul hantu sebanyak yang mungkin dan bawa ke tempat kumpulan anda.

Kumpulan yang memiliki hantu yang paling banyak dikira sebagai pemenang. Anda boleh bermain bersama rakan anda atau orang lain.

2. PAC-MAN Doodle

Permainan ini telah direka oleh Google sempena menyambut hari ulang tahun yang ke-30 PAC-MAN. Permainan PAC-MAN ini dapat mengimbau kembali ke zaman lalu di mana dahulunya permainan ini hanya berada di pusat arked.

Cara untuk bermain adalah sama seperti permainan PAC-MAN yang biasa. Anda hanya perlu klik butang “Insert Coin” dan bermain seperti biasa. Terdapat sedikit kelainan pada permainan yang direka oleh Google ini.

Sekiranya anda klik pada butang “Insert Coin” sebanyak dua kali, Mrs PAC-MAN akan muncul dan anda boleh bermain dengan dua orang. Pergerakan PAC-MAN dikawal oleh kekunci anak panah dan Mrs PAC-MAN dikawal dengan kekunci WASD.

3. Halloween 2016

Jika anda meminati siri Harry Potter, permainan Google Doodle ini sesuai untuk anda. Permainan ini dibuat oleh Google sempena hari Halloween pada tahun 2016. Karakter yang dipilih adalah seekor kucing yang juga merupakan ahli magis.

Matlamat permainan ini adalah untuk menghapuskam semua hantu yang berada di sekolah tersebut. Cara untuk bermain permainan ini sangat senang. Anda hanya perlu melukis bentuk yang sama dengan bentuk yang ada di atas kepala hantu tersebut.

Pada awal permainan ini, anda akan diberikan 5 nyawa. Jika anda gagal untuk menghapuskan hantu tersebut, nyawa anda akan hilang satu. Permainan akan tamat sekiranya semua nyawa anda sudah habis digunakan.

4. Basketball 2012

Permainan Google Doodle ini didedikasi kepada peminat bola jaring. Terdapat juga permainan lain yang telah direka oleh Google iaitu bola sepak, lari berpagar dan kayak.

Cara permainan ini cukup senang. Anda hanya perlu tekan kekunci space bar untuk menjaringkan bola tersebut. Jarak bola akan dikira berapa lama anda menekan butang tersebut.

5. Valentine’s Day 2017

Permainan Google Doodle ini bertemakan hari kekasih pada tahun 2017. Karakter yang digunakan adalah seekor tenggiling yang mempunyai misi yang berlainan bagi setiap tempat.

Haiwan tenggiling dipilih untuk menyebarkan kesedaran tentang penyeludupan haiwan ini kepada ramai orang. Menurut Google, terdapat 8 spesis tenggiling yang terdapat di Asia dan Afrika. Haiwan ini hebat dalam berenang dan menggunakan lidah mereka yang panjang itu untuk bau dan mencari makanan.

Cara permainan ini sama seperti bermain permainan Sonic iaitu berguling sambil mengumpul benda yang diperlukan. Anda boleh mengawal karakter ini dengan menggunakan kekunci arah untuk berjalan dan space bar untuk lompat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca