5 Perkataan Sama Dari Kelantan Dan Sabah Tetapi Membawa Maksud Yang Berbeza

Negeri Kelantan dikenali dengan nama ‘Serambi Makkah’ di mana terdapat ramai ulama dan beribu buah pondok didirikan di negeri tersebut. Manakala, negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton.

Kali ini kami kongsikan 5 perkataan dari Kelantan dan Sabah yang sama tetapi membawa maksud yang berbeza:

1. Budu

Budu dalam perkataan Kelantan membawa maksud sejenis pencicah yang diperbuat daripada pati ikan. Ia dimakan bersama-sama dengan nasi dan ulam-ulaman yang diyakini akan membawa banyak khasiat kepada tubuh badan. Di Sabah pula, perkataan budu itu membawa maksud bodoh.

2. Sikul

Kelantan menggunakan perkataan sikul untuk merujuk kepada sesuatu benda yang dipanggil penyodok. Penyodok merupakan satu alat untuk menggali, mengangkat dan memindahkan barang-barang seperti pasir. Di Sabah pula, perkataan sikul/skula bermaksud sekolah.

3. Jerak

Dalam loghat Kelantan, perkataan jerak merujuk kepada menjerat binatang iaitu satu proses untuk menangkap binantang yang biasanya digunakan oleh masyarakat terdahulu yang suka memburu tetapi dalam loghat Sabah, perkataan jerak bermaksud serik.

4. Garit

Garit dalam istilah Kelantan membawa maksud yang mendalam iaitu ia diguna pakai kepada wanita yang suka bersosial dan selalu keluar pada waktu malam. Manakala, di Sabah pula, garit bermaksud calar.

5. Luga

Dalam loghat Kelantan, lugai bermaksud loya manakala dalam loghat Sabah pula, lugai bermaksud tidak tentu arah.

Penulis

  • Khatijah Binti Fauzi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca