5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Pastikan Minyak Wangi Tahan Lebih Lama

Persoalan yang kerap menyelubungi minda ramai orang adalah berapa lama bau minyak wangi mereka boleh bertahan dan ia turut mempengaruhi faktor pembelian minyak wangi mereka.

Kami kongsikan lima cara pemakaian yang mampu memastikan bau minyak wangi anda bertahan dengan lama:

1. Semburan di dada

Hal ini demikian kerana bahagian dada tidak memerlukan pergerakan yang banyak.

Tanpa disedari, kawasan ini akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai dan seterusnya menjadikan bau bertahan lebih lama. 

2. Pakai losen atau pelembap

Completely Bare Don't Grow Here soft tube

Menurut kajian, bau minyak wangi akan bertahan lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering.

Untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering, losen atau pelembap tanpa bau sebenarnya lebih sesuai digunakan sebelum anda menyembur minyak wangi. 

Dalam pada itu, Vaseline boleh memberi kesan yang lama untuk minyak wangi anda sekiranya disapu pada bahagian nadi.

3. Elak simpan di tempat panas

Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan menyebabkan kualiti minyak wangi itu tidak seperti asal.

Sebagai peringatan, anda perlu simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap. 

4. Elak gosok selepas sembur

person holding fragrance bottle

Sekiranya anda mahu tahu, perbuatan menggosok bahagian tangan yang telah disembur hanya akan merosakkan molekul wangian itu.

Kesannya, bau minyak wangi itu tidak lagi seperti asal. Oleh itu, cara terbaik untuk memakainya adalah semburkan minyak wangi pada jarak empat sehingga enam inci dari kawasan sasaran.

Selain itu, anda perlu elak sembur pada sesuatu kawasan untuk masa yang lama.

5. Sembur pada sikat rambut

Untuk mereka yang gemar menyembur minyak wangi pada rambut, anda boleh sembur sahaja pada sikat terlebih dahulu.

Hal ini demikian kerana kandungan alkohol yang ada pada minyak wangi akan menyebabkan rambut anda menjadi kering.

Apa-apa pun, anda harus mengubah cara pemakaian minyak wangi untuk memastikan ia bertahan lebih lama dan memberikan keselesaan kepada anda secara berterusan. Selamat mencuba!

Penulis

  • Nurmayang Aqila Ab. Rani adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan minyak wangi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca