5 Perkara ‘Putus’ Yang Lebih Menyakitkan Daripada Putus Cinta

Putus cinta amat menyakitkan terutama bagi orang yang pernah mengalaminya. Tetapi ada lagi perkara-perkara yang lebih memeritkan iaitu:

1. Putus Duit

Duit merupakan alat penting untuk kelangsungan hidup terutama pada zaman kos sara hidup semakin meningkat ini dan siapa kata duit tidak boleh beli kebahagiaan? Penulis tidak pernah lagi melihat orang naik jet ski sambil menangis.

2. Putus Kawan

Selain keluarga, kawan turut menjadi sebahagian daripada hidup kita malah ada yang dianggap seperti saudara sendiri. Banyak momen manis tercipta, suka duka yang telah dilalui bersama dan jika berlaku pengkhianatan dalam persahabatan sehingga putus kawan, Tuhan saja yang tahu betapa pedihnya ulu hati itu.

3. Putus Bekalan Makanan

Selain membekalkan tenaga kepada kita bagi meneruskan kehidupan, makanan juga tidak pernah gagal membahagiakan kita. Apa rasanya jika tiada apa untuk dimakan di meja makan?

4. Putus Asa

Kadang-kadang, masalah atau ujian yang kita fikir berat datang memberi salam dalam kehidupan kita misalnya tidak tidak mendapat keputusan peperiksaan yang best, gagal mendapat pekerjaan idaman atau mendapat tahu ada masa setahun lagi untuk hidup. Sebagai seorang Muslim, perkara yang lebih memeritkan adalah jika berputus asa dari kasih sayang dan rahmat Tuhan.

5. Putus Cinta Tapi Masih Cinta

Sudah terputus hubungan namun secebis perasaan kasih dan sayang anda masih tersimpul pada bekas kekasih/tunang/suami/isteri. Namun hati anda seperti dirobek belati apabila melihat atau mendengar khabar dia sudah mendapat pengganti anda (cepat pula tu) dan hal ini membuatkan anda ‘try hard’ untuk melupakannya dengan cara bersama dengan orang yang anda tidak berminat pun hanya kerana takut bersendirian dan kesepian.

Artikel Lain Untuk Di Baca