5 Perkara ‘Last Minute’ Yang Millennials Pernah Buat Sebab Nak Kejar Masa

Penulis: Zafirah Zapri

Anak muda di Malaysia dengan last minute berpisah tiada. Bukan semua tapi kebanyakannya begitulah. Pensyarah saya pernah berkata bahawa pelajar Malaysia ini hebat sebab assignment yang dah diberikan bulan lepas, tapi apabila due date esok, barulah terhegeh-hegeh nak buat. Apa yang hebatnya? Hebatnya kerana ia tetap akan siap walau macam mana pun.

Itu baru satu, di bawah ini ada lima lagi perkara yang mesti anda pun pernah buat kan? Sebab nak kejar masa yang begitu kuat mencemburui kita, terjadilah perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah.

1. Makan dalam kelas atau tempat kerja sebab tak sempat bersarapan

2. Anda merempit 100 km/j atau berlari tak cukup tanah sebab dah lambat nak pergi kelas dan terserempak pula dengan member sekelas yang 2X5

3. Pengganti nasi ialah mi segera sebab boleh siap dalam masa tiga minit, tak ada masa nak makan benda lain (dan pokai)

4. Salin nota bukan lagi kerja anda tetapi kerja gajet

5. Anda hanya sempat memakai baju, tetapi tidak sempat menyikat rambut smart-smart kerana terlalu sibuk dengan projek tahun akhir, kelas, assignment, ujian dan makwe merajuk.

Walaupun nampak macam tak senonoh, semua inilah akan membuatkan anda tersenyum sendirian suatu hari nanti.

Artikel Lain Untuk Di Baca