5 Pemain Bola Sepak Tertua Di Dunia Yang Masih Aktif Bermain

Usia karier pemain bola sepak selalunya terlalu pendek, dengan umur lebih 30 tahun sudah biasa dikatakan terlalu tua untuk mengekalkan prestasi dan meneruskan permainan.

Bagaimanapun, ada di antara pemain-pemain bola sepak yang berjaya mengekalkan momentum serta dianugerahkan karier professional yang membuktikan usia bukan penghalang untuk seseorang kekal dalam kondisi terbaik.

Hari ini kami kongsikan 5 orang pemain bola sepak tertua yang masih lagi aktif bermain dalam pasukan atau kelab bola sepak mereka, menjadi contoh kepada kita kepentingan menjaga tubuh badan dan mengawal pemakanan mampu meremajakan tubuh kita agar sihat senantiasa.

1. Andrea Pierobon (46 tahun)

Anda pencinta Itali Serie A, adakah anda tahu seorang pemain bernama Andrea Pierobon? Nama Pierobon sememangnya agak asing kerana dia lebih terlibat dalam acara Serie C atau Serie B. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya sehingga kini, dia dicatatkan sebagai pemegang rekod pemain tertua yang pernah muncul dalam bola sepak Itali. Dia bermain sebagai penjaga gol di pelbagai kelab dari Citadella, Venezia, SPAL, Treviso, dan banyak lagi.

2. Robert Carmona (56 tahun)

Jika anda berfikir pemain tertua di dunia hari ini adalah Kazuyoshi Miura, anda hampir betul. Walau bagaimanapun, buku rekod rasmi FIFA mencatatkan pemain tertua di dunia adalah atas nama Robert Carmona, pemain Uruguay yang bermain dalam persaingan serantau Kepulauan Balearic, Sepanyol. Carmona masih aktif bermain pada usia 56 tahun.

3. Kazuyoshi Miura (51 tahun)

Digelar sebagai ‘King Kazu’ oleh peminatnya, Kazuyoshi memulakan kariernya pada tahun 1986. Beliau terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Jepun serta dianugerahkan sebagai pemain terbaik Asia pada tahun 1993. Kazuyoshi masih tetap bermain sehingga kini dan baru saja menyambung kontraknya pada tahun 2018 yang lalu dengan Yokohama FC.

Menjadi legenda bola sepak Jepun selepas membantu Jepun layak ke Piala Dunia 1998 dengan jaringan 14 gol. Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak kebangsaan, beliau telah berjaya menjaringkan gol sebanyak 55 gol daripada 89 perlawanan.

Sehingga kini Kazuyoshi masih bermain sebagai pemain penyerang. Ini membolehkan beliau memecahkan rekod dunia berusia 65 tahun yang dipegang oleh Stanley Matthews sebelum ini, sebagai pemain paling tua menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif.

4. Essam El-Hadary (46 tahun)

Kejayaan pasukan kebangsaan Mesir yang layak ke Piala Dunia 2018 tahun lalu, tidak dapat dipisahkan dari penjaga kelab Al Taawoun. Malah, El-Hadary berusia 46 tahun. Di samping sering menjadi topik perbincangan kerana usianya yang agak tua sebagai pemain profesional, lelaki berketinggian 188 sentimeter ini adalah penjaga gol asing pertama yang mempunyai kerjaya di Liga Arab Saudi.

5. Roy Carroll (42 tahun)

Nama ini terasa biasa? Roy Carroll adalah penjaga gol Ireland Utara yang bermain untuk Manchester United sejak 2001 hingga 2005. Sejak itu, penjaga gol pasukan kebangsaan Ireland Utara telah berpindah dari Liga Inggeris, Denmark, ke Greece.

Sejak musim 2016/2017, pemain yang akhirnya terlibat dalam kejohanan utama Piala Eropah 2016 kembali ke Liga Ireland Utara. Kelab tempatan Linfield masih menggunakan perkhidmatan Carroll sehingga kini, dan sepertinya ia akan menjadi perhentian terakhirnya.

Antara pemain di atas, mana satu yang menjadi kegemaran anda?

Sumber: FourFourTwo dan Juara.net

Artikel Lain Untuk Di Baca